Tuah lagu APT, Rose artis K-pop pertama cipta rekod Guinness World Records


  • Hiburan
  • Isnin, 27 Jan 2025

Lagu berjudul "APT." daripada Rosé merangkumi persembahan dan tariannya menjadi fenomena seluruh dunia.

BERSAMA lagu yang sedang hangat dimainkan di setiap "APT.", ahli kumpulan Blackpink, Rosé, dengan mudah menakluki jutaan hati peminat di seluruh dunia sejak debutnya pada 2016.

Penyanyi K-pop yang lahir di New Zealand dan dibesarkan di Australia itu mempunyai portfolio mengagumkan dengan beberapa rekod album, persembahan serta video muzik yang memecah rekod.

Sambil menanti pelepasan album solo studio pertamanya, mari kita lihat beberapa pencapaian dan rekod dunia yang pernah digenggam olehnya.

BACA LAGI: Berjaya 'comeback' ikat KL City, fans puji persembahan jentera serangan Tok Gajah

BACA LAGI: Lenjan KDN 7 gol tanpa balas, fans samakan Perak persis Liverpool

Roseanne Park Chae-young dikenali dengan nama pentas Rosé, menyertai label hiburan Korea Selatan, YG Entertainment pada tahun 2012.

Beliau berlatih selama empat tahun dan akhirnya terpilih sebagai vokalis serta penari untuk kumpulan Blackpink pada Ogos 2016.

SaveClip.App_463484383_1090148406034162_4906464292830432374_n

Rosé dan Bruno Mars mencipta fenomena menerusi lagu APT.

Penghargaan yang diterima Rosé untuk album single debut R

Album tunggal debut Rosé, R, yang dikeluarkan pada 12 Mac 2021, mencatatkan jualan minggu pertama tertinggi oleh penyanyi solo wanita Korea, dengan lebih 448,089 salinan terjual.

Sementara itu, versi fizikal album ini memulakan debutnya di tempat kedua dalam Carta Album Gaon, menjadikannya album paling laris oleh penyanyi solo wanita dalam sejarah carta muzik Korea Selatan.

SaveClip.App_334773883_1408639633239299_3961103829650013186_n

Album tunggal debut Rosé, R, mencatat jualan minggu pertama tertinggi dengan lebih 448,089 salinan terjual.

Album pop berkenaan memiliki elemen-elemen EDM, rock, rock alternatif, soft rock, indie rock, synth-pop, dance-pop dan electropop. Ia kemudiannya memenangi Top 20 Albums of the Year (Overseas) Award di Anugerah Muzik Pop Asia 2021.

Selain itu, Persatuan Kandungan Muzik Korea (KMCA) menganugerahkan sijil platinum sebanyak tiga kali kepada album ini pada Disember 2023 selepas ia terjual lebih 750,000 salinan.

Tontonan video muzik YouTube paling banyak dalam 24 jam

Video muzik untuk lagu “On the Ground” oleh Rosé dikeluarkan di YouTube pada 12 Mac 2021 telah mencatatkan lebih 41.6 juta tontonan dalam 24 jam pertama.

Setelah itu, Guinness World Records melaporkan ia berjaya memecah rekod lapan tahun yang dipegang oleh lagu “Gentleman” nyanyian Psy, menjadikannya video muzik paling banyak ditonton oleh penyanyi solo Korea itu.

Seterusnya, album R Rosé telah merekodkan lebih 1.1 bilion strim di YouTube Music menjelang Ogos 2024, seterusnya menjadikan ia sebgai album paling banyak distrim di platform tersebut.

Solois Korea pertama yang menduduki carta Billboard Global

Menurut Guinness World Records juga, Rosé dicatatkan sebagai artis Korea pertama berjaya menduduki carta tersebut sebagai penyanyi solo. Bahkan ia juga melayakkan Rosé memasuki UK Singles Chart dan beliau dilaporkan bintang solo Korea pertama yang menerima pengiktirafan sedemikian.

SaveClip.App_469676748_3770816923169670_4877913852507993445_n

Rosé menjadi bintang K-pop pertama dalam sejarah yang membuat persembahan di The Tonight Show.

Solois K-pop pertama yang membuat persembahan di The Tonight Show

Rosé juga solois K-pop pertama dalam sejarah yang dijemput membuat persembahan di The Tonight Show With Jimmy Fallon. Buat pertama kali pada 21 Mac 2021, beliau mengadakan persembangan solo di televisyen Amerika melalui dendangan logo debutnya “On the Ground”.

Idola wanita Korea pertama yang menghadiri Met Gala

Rosé membuat penampilan debutnya di Met Gala pada 13 September 2021 dan menjadi salah seorang idola wanita Korea pertama yang dijemput menghadiri acara berprestij itu bersama penyanyi Korea Selatan, CL.

Sebagai duta jenama Saint Laurent, Rosé menghadiri karpet merah dengan pengarah kreatif jenama mewah tersebut, Anthony Vaccarello.

Beliau mengenakan dress mini hitam kecil dari rumah fesyen itu dan diaksesorikan bersama choker dan anting-anting dramatik yang menjuntai.

Pencapaian APT platform digital

Spotify

Dikeluarkan pada 18 Oktober 2024, “APT.” adalah lagu utama dari album studio debut Rosé iaitu rosie (2024). Sebuah kolaborasi antara penyanyi Blackpink itu dan penyanyi serta penulis lagu Amerika, Bruno Mars. Lagu“APT.” diilhamkan dari permainan minum Korea Selatan dan iramanya memiliki pengaruh pop-punk, indie-rock dan electropop.

Rosé menjadi penyanyi solo wanita K-pop pertama dan satu-satunya yang menduduki tempat pertama di carta Spotify Global. Ini adalah debut terbesar bagi lagu penyanyi solo wanita K-pop di carta Global dan Counter Spotify. “APT.” membawa tuah buat Rose apabila ia mencatatkan hari penstriman terbesar untuk lagu penyanyi wanita Asia di carta Global (14.59 juta tontonan).

Pada 11 November 2024, “APT.” menjadi lagu 2024 terpantas mencapai 300 juta strim di Spotify, mengatasi “Please Please Please” oleh Sabrina Carpenter.

Dengan lebih 50 juta pendengar bulanan di platform penstriman muzik tersebut, Rosé turut memecahkan rekod untuk bilangan pendengar bulanan tertinggi oleh artis K-pop di Spotify, mengatasi rekod sebelumnya oleh BTS yang mempunyai 45 juta pendengar bulanan.

YouTube

Dalam hanya 23 hari dan dengan lebih 311.2 juta tontonan, lagu tersebut menjadi video muzik oleh artis K-pop yang paling banyak ditonton di YouTube pada 2024, mengatasi “Sheesh” oleh Babymonster. Malah "APT." adalah video muzik wanita K-pop kedua paling pantas untuk mencapai 300 juta tontonan dalam sejarah YouTube, mengatasi “Pink Venom” oleh Blackpink.

241029-rosé-bruno-mars-apt-debuts-at-on-the-billboard-v0-stuh54rwhjxd1

Carta lagi di Billboard 200.

Sejarah Billboard

Lagu pop itu turut tersenarai menjadi lagu pertama oleh penyanyi solo wanita K-pop untuk memasuki 10 teratas dalam carta Billboard Hot 100 AS dan UK Singles Chart.

Ia juga menghabiskan tiga minggu di tempat pertama di carta Billboard Global 200, memberikan Rosé dan Mars single nombor satu kedua mereka di kedua-dua carta tersebut.

Pencapaian Instagram Blackpink Rosé

Rosé adalah idola Korea ketiga paling banyak diikuti di Instagram. Sehingga 13 November 2024, akaun Instagram rasminya @roses_are_rosie telah mempunyai lebih daripada 80.8 juta pengikut.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram