![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/01/30/3143109.jpg)
TREND fesyen 2025 pastinya dinanti-nantikan buat pereka, peminat dan model untuk menggambarkan apakah jenis pakaian dan rekaan yang bakal mewarnai dunia.
Berikut ramalan penggayaan fesyen yang dijangka bakal menjadi ikutan dunia dan mungkin bakal menjadi fenomena pada tahun ini.
BACA LAGI: Marcus Rashford bakal 'reunion' bersama Erik ten Hag di Borussia Dortmund
BACA LAGI: Boleh tampung gaji, giliran kelab kerdil Itali pula minat Marcus Rashford
Pakaian berkonsepkan warna merah jambu dengan gabungan elemen penari balet. — Pereka Busana Khaite.
Merah jambu
Aplikasi beli-belah pakaian sosial LTK melaporkan bahawa semuanya jenis pakaian kini menjurus ke arah coklat, warna ‘mocha’ pula meningkat 128 peratus dan ‘coklat perang’ meningkat 254 peratus.
Namun menjelang 2025, fesyen akan lebih terobsesi kepada warna merah jambu. Warna tersebut di khususkan kepada jenis merah jambu yang lebih tenang dan sederhana.
Bayangkan kasut balet dan rona merah jambu yang lembut serta menawan, jauh bertentangan dengan trend Barbiecore yang mengangkat rona hot pink.
Trend olahan dan penambahan dengan mengenakan pakaian sukan semasa ke dalam pakaian harian. — Pereka Busana MIU MIU.
Athleisure terus popular
Mengikuti trend berkonsepkan athleisure, wanita hari ini secara umumnya mengadaptasi pakaian sukan ke dalam penampilan kasual harian.
Akan tetapi, trend yang diramal berterusan pada 2025 itu akan dipersembahkan dengan olahan yang lebih mewah lagi ekspresif.
Penghasilan baju berunsurkan novel romantik dijangka akan menghidupkan trend pada 2025. — Pereka Busana Chloe.
Busana romantis
Rentetan pertunjukan fesyen dari satu musim ke satu musim yang baharu telah mengembalikan trend berunsurkan romantik dan dijangka bakal mendominasi gerobok fesyen wanita.
Tampak lembut dan menawan, kekuatan trend itu mungkin berlandaskan jalan cerita novel-novel cinta yang banyak mempengaruhi pereka masa kini.
Trend maksimalis terhadap baju dan seluar dengan menggabungkan pelbagai jenis garis dalam satu pakaian. — Pereka Busana Monse.
Garis atas garis
Sekali lagi trend 'stripe on stripe' memenuhi himpunan fesyen semasa. Dari baju hingga ke seluar, menggabungkan pelbagai jenis warna dan fabrik.
Sama ada garis menegak, mendatar bahkan zig zag, trend ini kembali untuk membuka musim baharu dengan sentuhan lebih klasik dan bersahaja.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram