BERSIN adalah antara refleks semula jadi sistem badan manusia untuk mengeluarkan perengsa daripada hidung.
Namun, apa yang berlaku jika seseorang itu bertindak untuk tidak membunyikan suara 'achoo' atau menahan bersin?
Apabila seseorang itu bersin, udara dapat dikeluarkan dari paru-paru pada kelajuan tinggi untuk membersihkan zarah kotor dengan berkesan.
Berdasarkan satu laporan dikeluarkan Klinik Cleveland, menyekat refleks itu dengan mencubit hidung atau menutup mulut akan memerangkap udara sekali gus menyebabkan kerosakan pada beberapa anggota badan.
BACA LAGI: [VIDEO] Termasuk laluan kontra, empat termasuk pelajar 15 tahun maut nahas 5 kenderaan di Kuching
BACA LAGI: [VIDEO] Bas persiaran bawa jemaah surau rempuh belakang lori di Sungai Bakap
Saluran darah berpotensi pecah sekiranya tekanan udara tidak dilepaskan melalui bersin. — Gambar hiasan
Antara masalah yang mungkin berlaku adalah akan menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga.
Tekanan itu memaksa udara masuk ke dalam tiub Eustachian yang menyambungkan belakang hidung ke telinga tengah berpotensi gegendang telinga pecah.
Bukan itu sahaja, menahan bersin juga boleh menyebabkan kecederaan pada tekak.
Ia juga mengakibatkan kesakitan dan kesukaran untuk menelan.
Dalam keadaan yang jarang berlaku, tekanan daripada menahan bersin itu secara tidak langsung akan menyebabkan Aneurisma otak.
Aneurisma otak atau brain aneurysm adalah pembengkakan yang berlaku pada salur darah otak disebabkan oleh dindingnya menjadi lemah atas faktor tertentu.
Ia juga akan mendorong kepada kecederaan seperti salur darah pecah di kepala atau leher akibat tekanan udara tersebut.
Malah terdapat juga laporan mengatakan bahawa potensi patah tulang rusuk dan trakea pecah akibat menahan bersin.
Kesimpulannya, walaupun menahan bersin tidak semestinya menyebabkan kerosakan otak, namun ia boleh membawa kepada masalah kesihatan lain. — The Star/CATHERINE VASANTHI SEBASTIAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram