BERITA baik buat pemuzik indie tanah air apabila Anugerah Lagu Indie 2024 (ALI24) kini kembali membuka peluang buat individu berbakat serlahkan bakat di tahap tertinggi negara.
Tiga kategori utama dipertandingkan iaitu pop, rock, dan hiphop dengan sebanyak 30 pilihan terbaik daripada 90 lagu setiap kategori akan dipilih untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM36,000.
Lagu yang layak bertanding mestilah karya asli, dilancarkan pada tahun 2024 dan dihasilkan oleh pemuzik yang bernaung di bawah label indie.
BACA LAGI: Amy Mat Piah 'sebenar' dedah identiti Zul Kapan, nafi tak boleh menyanyi seperti dalam filem Rock
Lagu di bawah label rakaman besar adalah dilarang sama sekali bagi penyertaan ALI24.
Mula ditubuhkan sejak 2019, ALI terus menjadi platform utama untuk meraikan kreativiti dan bakat pemuzik indie tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
Pengarah Eksekutif Bersama ALI24, Ahmed Faris Amir dan Jennifer Thompson menjanjikan edisi kali ini akan menetapkan piawaian baharu dalam industri muzik tempatan.
Ahmed Faris Amir (kiri) dan Jennifer Thompson (kanan) merupakan Pengarah Eksekutif Bersama ALI24.
Penganjur menggalakkan semua pemuzik indie menghantar penyertaan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan setiap penyertaan perlu dihantar melalui laman rasmi www.anugerahlaguindie.com.
Terdahulu, lagu Pembunuh Malam daripada kumpulan Lunar diumumkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Lagu Indie 2023 (ALI2023).
Ia membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi dengan menewaskan 14 lagu indie lain yang bertanding.
Selain itu, kumpulan terbabit juga muncul sebagai pemenang Anugerah Lagu Pop Terbaik yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram