Jarak 600 meter pun sampai 45 minit, 'food truck' punca lalu lintas sesak di Jalan Danau Saujana


  • Massa
  • Sabtu, 28 Dis 2024

Laluan di Jalan Danau Saujana bertukar sesak akibat deretan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan. — The Star

PENDUDUK di Jalan Danau Saujana, Setapak, Kuala Lumpur kecewa dengan isu kesesakan yang melanda laluan sepanjang 600 meter (m) itu.

Difahamkan, rata-rata pemandu perlu mengambil masa antara 30 hingga 45 minit untuk melalui laluan itu pada waktu puncak, disebabkan tempat letak kereta yang tidak teratur dan lambakan lori trak makanan.

Lebih parah apabila laluan itu menghubungkan Jalan Langkawi dan Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur.

BACA LAGI: Pensyarah UM, pelajar antara 7 disoal siasat berhubung kematian kucing tragis

BACA LAGI: Polis terima laporan penemuan baharu bangkai kucing, anjing di UM

Penduduk di kawasan PV16 Platinum Lake Condominium dan pihak berkepentingan pusat komersial Crystal Ville mendakwa, keadaan lebih teruk sekitar pukul 7 pagi dan 10 pagi, tengah hari hingga 2 petang dan 5 petang hingga 8 malam kerana laluan masuk ke kawasan kediaman mereka disekat akibat kesesakan lalu lintas.

Mewakili semua pihak yang terjejas ialah pengerusi PV16 Management Corporation, Awtar Singh yang mencadangkan agar kesemua lori trak makanan itu dipindahkan.

ITI

(Dari kiri) Awtar dan Andre bercakap kepada pegawai DBKL semasa mengadakan lawatan ke Jalan Danau Saujana. — SHAARI CHEMAT/The Star

“Disebabkan banyak bangunan kediaman tinggi di kawasan sekitar, laluan itu kini berfungsi sebagai jalan utama.

"Bagi mereka yang menuju ke Crystal Ville, terdapat ruang yang luas di tempat letak kereta bawah tanah berbayar di bawah pusat komersial tetapi beberapa penduduk kondominium masih meletakkan kereta di tepi jalan," katanya.

Terkesan dengan perkara itu, pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari beberapa jabatan melawat tapak itu bersama ahli lembaga penasihat DBKL, Andre Lai untuk menjalankan pemeriksaan.

Hasil pemantauan dilakukan mendapati, sebuah trak makanan dengan beberapa kenderaan diletakkan di sepanjang kedua-dua belah Jalan Danau Saujana.

Andre berkata, DBKL akur dengan rayuan orang ramai yang mencadangkan pihak penguat kuasa menangani parkir haram di sepanjang jalan itu sebagai langkah sementara.

“DBKL bercadang untuk meletakkan 'tanda larangan parkir' dan melukis garisan kuning bagi memberi amaran kepada pemandu supaya tidak meletak kenderaan di sepanjang jalan berkenaan.

"Sebanyak 10 trak makanan diberi lesen untuk beroperasi di sepanjang jalan itu," katanya.

Jelasnya, lesen niaga telah dikeluarkan ketika laluan terbabit masih belum sibuk, tetapi DBKL kini perlu memindahkan mereka.

Andre berkata, tanpa trak makanan dan parkir sembarangan, isu kesesakan jalan raya tidak akan berlaku. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram