SAMAN sebanyak RM3 juta difailkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain terhadap blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.
Tindakan itu berhubung kenyataan Papagomo yang sebelum ini mendakwa beliau sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam, Raam Kumar berkata, notis tuntutan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat dan sudah diserah kepada Papagomo yang dinamakan sebagai defendan.
BACA LAGI: [VIDEO] Acah sorok senjata dalam jaket, 2 lelaki bertopeng ‘berani mati’ rompak kedai emas di Melaka
BACA LAGI: [VIDEO] Sampai panjat tingkap, katanya lelaki gila seks tak berbaju cuba curi pakaian dalam wanita
“Saman itu diserahkan kepada Papagomo pada Jumaat.
“Plaintif menuntut ganti rugi untuk fitnah lisan, fitnah bertulis, ganti rugi am, ganti rugi teruk atau teladan dan ganti rugi khas.
“Plaintif juga telah meminta injunksi untuk menghalang defendan sama ada secara peribadi, melalui pekerja atau mana-mana pihak lain daripada mengeluarkan kenyataan atau perkataan berunsur fitnah serta mengeluarkan semula kenyataan sedemikian,” katanya.
Jelasnya, plaintif turut menggesa agar defendan menarik balik kenyataan fitnah dan memadam kesemua video, mesej atau bahan berkaitan.
“Plaintif juga menuntut defendan mengeluarkan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan fitnah itu melalui semua akaun media sosial atas talian dengan kandungan permohonan maaf dipersetujui oleh plaintif terlebih dahulu,” katanya.
Terdahulu, Papagomo didakwa memuat naik video berdurasi 31 minit yang mengandungi kata-kata fitnah terhadap Razarudin.
Laporan polis telah dibuat terhadap suspek dan keterangannya direkodkan di balai polis Setapak, Kuala Lumpur pukul 3 petang pada 19 Disember lalu. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram