Lambang kekuatan dan erti kehidupan, Scha Alyahya kenang pemergian ibu sebagai wanita luar biasa


  • Hiburan
  • Jumaat, 13 Dis 2024

Ibu Scha Alyahya (kanan) disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

"SEORANG wanita luar biasa yang telah memberikan Scha kehidupan, kasih sayang dan erti kekuatan".

Demikian ungkapan dibuat pelakon terkenal, Scha Alyahya, 41 usai pemergian ibu tercintanya yang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Tiada kata mampu menggambarkan kehilangan itu, Scha turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak berhenti mengirimkan kata-kata semangat dan doa di kala detik sukar dilaluinya.

BACA LAGI: 'The beginning of everything', Fazura semangat mulakan hidup baharu usai selesai tempoh idah

BACA LAGI: Pempengaruh kosmetik pernah muak bercinta lelaki Melayu akhirnya bertemu jodoh jejaka Belanda

"Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan kata-kata semangat dan doa di waktu yang cukup mencabar ini.

"Semangat yang diberikan mengingatkan Scha tentang kekuatan yang Allahyarhamah Junainah binti Hashim ada, sehingga nafas terakhirnya.

"Kepada Mama tersayang, you were my guiding light, my confidante, and my biggest cheerleader my best friend. I will carry your love, values, and laughter in my heart forever," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

Terdahulu, Scha yang dijadual mengacarakan acara Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) pada minggu lalu terpaksa membatalkan urusan itu selepas dimaklumkan berita pemergian ibunya.

Jenazah dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala, Segambut, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 pada hari kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram