PELAKON popular, Nur Fazura, 41, atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin berkongsi berita gembira usai selesai menjalani tempoh idah pada Jumaat.
Lebih tiga bulan sejak kes perceraiannya bersama Fattah Amin pada Oktober lalu, Fazura menitip kata-kata semangat sebagai permulaan baharu dalam hidupnya.
"The end of it all and the beginning of everything", katanya menerusi hantaran di Instagram.
Selebriti tempatan Elly Mazlein dan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat turut meninggalkan kata positif pada hantaran itu sebagai tanda sokongan buat pelakon filem Gol & Gincu (2005) tersebut.
Terdahulu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh dekat Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor pada 8 Oktober lalu.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram