
SALAD sering dianggap pilihan sayuran yang sihat, namun secara tidak langsung kita mungkin terlupa tentang cari cucian yang tepat.
Salah satu kesilapan yang sering dilakukan adalah menganggap bahawa salad jenis Iceberg tidak memerlukan cucian menyeluruh kerana daunnya kelihatan padat dan bersih.
Namun, menurut Pusat Nasihat Pengguna Bavaria di Jerman, adalah sangat penting untuk tidak mengabaikan langkah itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Penghantar piza jadi hero sanggup redah api selamatkan 5 mangsa kebakaran di AS
BACA LAGI: Jumlah simpanan asas persaraan KWSP dinaikkan kepada RM390,000 menjelang Januari 2028
Meskipun, daunnya kelihatan bersih, sisa racun perosak boleh tetap hidup di dalam lapisan daun.
Cara membilas yang betul juga dapat membantu mengurangkan sisa racun walaupun mungkin tidak dapat menghapuskan semua sepenuhnya.
Oleh itu, lebih baik membasuh daun salad Iceberg termasuk jenis organik dengan teliti kerana ia tetap penting untuk mengurangkan potensi pencemaran dan keracunan makanan.
Satu petua tambahan yang perlu diingat adalah untuk membilas daun salad secara keseluruhan sebelum memotongnya.
Ini kerana apabila daun salad dipotong terlebih dahulu, cecair sel yang kaya dengan vitamin dan mineral akan hilang.
Oleh itu, untuk mengekalkan khasiat, sebaiknya biarkan daun utuh semasa proses pembilasan.
Dengan mengikuti langkah-langkah mudah itu, anda bukan sahaja memastikan kebersihan makanan tetapi juga mengekalkan kualiti salad yang dimakan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram