[VIDEO] Asbab tak berlaku curang terhadap isteri, Mark Adam trauma sampai sanggup enggan ambil lesen memandu


  • Hiburan
  • Ahad, 08 Dis 2024

Mark Adam merupakan antara penyanyi popular tanah air.

"SAYA trauma kemalangan di Filipina."

Demikian jawapan penyanyi popular, Mark Adam, 45, selepas sering ditanya punca tidak mengambil lesen memandu sejak berhijrah ke Malaysia.

Jelasnya, kejadian yang menimpa dirinya sewaktu di Filipina satu ketika dahulu meninggalkan memori hitam buatnya dan sehingga kini perasaan takut itu masih belum dapat diatasi.

BACA LAGI: [VIDEO] Tempoh 'rehat' buka pintu rezeki, Ustaz Don tampil duet Selawat Miraie dengan Lah Ahmad

BACA LAGI: [VIDEO] Penyanyi rap Zamaera dakwa privasi dicerobohi pegawai PBT, kena curi-curi rakam ketika 'berkemban' di pusat urut Subang

"Saya dulu di Filipina merempit, pernah sekali kemalangan terbabas dengan kereta, kawan saya patah tangan dan kaki.

"Mujur saya terselamat tapi saya sampai sekarang masih tak boleh lupa kejadian itu, rasa trauma nak memandu kalau kereta penuh di jalan raya.

"Saya kalau memandu boleh tiba-tiba 'freeze', tak boleh gerak, itu bahaya dan sekarang isteri yang bawa kereta ke mana-mana," katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, pelantun lagu Marry Me berkenaan menganggap ia sebagai asbab buatnya supaya tidak berlaku curang terhadap isterinya.

Sentiasa bawa isteri ke mana sahaja walaupun atas urusan kerja, Mark bersyukur kerana isteri seorang yang sangat memahami dan sentiasa bersabar dengan kerenahnya.

"Saya pegang kata-kata ayah saya, kalau kamu menyakiti isteri, jangan panggil saya ayah lagi, itu satu-satunya ayat yang saya pegang sampai sekarang.

"Bila kita berkahwin mesti masing-masing akan berubah dan benda ini kita bersabar sebab isteri memang akan berubah jadi terbaik kalau kita jadi contoh yang baik," tambahnya.

Terdahulu, perkahwinan Mark atau nama lengkapnya, Fikri Mark Adam Abdullah dengan isterinya, Norazah atau mesra dipanggil Izan kini sudah memasuki tahun ke-20 namun, masih belum dikurniakan cahaya mata.

Pernah mengambil anak angkat selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, namun bayi berusia setahun itu kembali diambil oleh ibu kandungnya dan ia nyata meninggalkan kesedihan buat pasangan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram