LOJI Rawatan Air (LRA) Trong II yang baharu akan menggantikan LPA Trong dalam usaha menangani bekalan air tergendala di Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Air Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, LPA baharu itu akan memanfaatkan kira-kira 18,000 penghuni kediaman.
BACA LAGI: [VIDEO] Suami isteri 'lalok' hisap gam depan anak dalam Iswara bergerak di Melaka
BACA LAGI: Hidu gam: Perkasa NGO bantu kanak-kanak tiada kerakyatan dapat pendidikan
“Lembaga Air Perak (LAP) telah melantik perunding bagi Projek Pembinaan LRA (LRA) Trong II yang baharu dan reka bentuk itu sedang disediakan.
“Ini juga selaras dengan hasrat pembangunan yang dirancang kerajaan negeri terutamanya kesan langsung pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan tempatan,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, pada Khamis.
Katanya, LAP juga sedang merancang untuk membina LPA Kampung Gajah II yang baharu bagi meningkatkan kapasiti air terawat untuk kawasan tersebut dan di sekitarnya.
Mohammad Nizar berkata, LAP juga menjalankan program penggantian paip setiap tahun.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kekurangan bekalan air bersih di Kampung Kelaung dan isu tekanan air rendah di Kampung Jenalik.
Ujarnya, Kampung Kelaung yang terletak di Sauk tidak mempunyai retikulasi paip dan termasuk dalam program Projek Bekalan Air Luar Bandar yang dicadangkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Sementara itu, Kampung Jenalik difahamkan menerima bekalan air daripada LPA Sauk yang berada dalam zon kawalan tekanan air. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram