SEORANG pelakon dan pengacara tersohor negara dipercayai culas dalam membuat pembayaran gaji dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terhadap pekerja di syarikatnya.
Memiliki sebuah syarikat produksi televisyen, individu berpangkat Datuk itu dikatakan mempunyai tunggakan gaji pekerja lebih tiga bulan namun, masih tiada tindakan dikenakan oleh pihak berkuasa.
Perkara itu didedahkan di laman X pada Selasa oleh seorang individu dipercayai bekas pekerja syarikat berkenaan.
BACA LAGI: 'Cari pengarah bukan media', Ahmad Idham 'sekolahkan' artis BBNU dakwa dibuli aktor senior
BACA LAGI: [VIDEO] Pernah berkongsi pentas lawak, Ebby Yus terima kunjungan bekas ratu cantik Jepun
Jelasnya, hantaran itu dibuat susulan syarikat Bubblebee Sdn Bhd milik pelawak Shuib yang didenda RM17,500 ekoran menghadapi tujuh pertuduhan tunggakan caruman PERKESO pada Isnin.
Ciapan tular di laman X berhubung pengacara popular tempatan yang didakwa culas dalam membuat bayaran gaji pekerjanya.
Dalam pada itu, seorang netizen dipercayai bekas staf syarikat televisyen itu turut mendakwa gajinya sudah tertunggak sejak Ogos dan masih tiada sebarang bayaran dibuat.
"Aku salah satu ex staf situ. Aku sampai tak tahu nak korek mana lagi dah duit, nak korek saving, saving pun dah habis sekarang ni, gaji aku yang tertunggak dengan syarikat ni gaji bulan Ogos dan tak ada khabar berita pasal gaji and senyap saja sampai sekarang," kata apiszidin.
"Kami dah pergi buat repot banyak kali dah, benda ni bukan baru jadi tapi dari tahun lepas lagi. Kami pun dan banyak kali melawan dah. Tak payah la persoalkan, kalau rasa kami tak cukup push, tolong la sekali," ujar aisyahyasminnn.
Terdahulu, Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhamad, 40, dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.
Bagi pertuduhan pertama hingga keenam, Shuib didenda keseluruhan sebanyak RM15,000 manakala RM2,500 bagi kes ketujuh.
Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan lanjut daripada pihak polis ataupun PERKESO berhubung ciapan tular berkaitan pengacara tersohor tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram