Nampak premium dengan harga murah, ketahui kelebihan memasang android player sebagai aksesori tambahan kereta


  • Hobi
  • Isnin, 28 Okt 2024

Pemasangan android player dalam kereta nampak lebih bergaya dan digital.

ZAMAN semakin berubah, dunia semakin maju. Begitu juga dengan penggunaan sebuah aksesori dalaman kenderaan yang kini dilihat menjadi trend kepada pemilik kereta iaitu android player.

Rata-ratanya peranti itu sudah siap dipasangkan untuk pengeluaran model kereta baharu sebagai tanda aras terhadap spesifikasi dan harga yang ditawarkan di dalam pasaran.

Namun, bagaimana pula dengan pemilik kereta yang menggunakan tetapan radio konvensional atau speksifikasi sedikit randah ingin menukar dan memasangkan teknologi tersebut?

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Ya, android player kini telah menjadi satu ikutan ramai untuk ia dipasangkan di dalam kereta. Ia bertujuan menampakkan lagi suasana menarik dalam kereta dan penampilan dalaman yang premium.

Ia adalah sebuah tablet aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Google dengan sistem sentuhan skrin digital khusus.

Malah, alat pintar berkenaan turut membolehkan pengguna mencucuk pemacu pena seterusnya memasukkan data lagu peribadi, memainkan radio pilihan, gambar dan sebagainya.

Ini termasuk memuat turun aplikasi GPS dan sistem sambungan rangkaian bluetooth yang boleh disambungkan kepada telefon pintar.

static_raw_V7LANDZ_Fqn63FhY6FkMcFCQExjiC-IMG_8012

Contoh ciri kereta yang menggunakan radio konvensional bagi speksifikasi pertengahan.

Suatu ketika dahulu, pemasangan alat canggih tersebut tidak mendapat galakkan kerana harga yang ditawarkan agak mahal. Maklumlah, nak bagi kereta nampak canggih modalnya sudah tentulah tinggi.

Namun, kepesatan dunia teknologi telah berjaya menarik minat pengguna terhadap alat berkenaan apabila kini terdapat banyak android player mampu milik ditawarkan di pasaran. Semudah pembelian atas talian di platform seperti Shopee atau Lazada saja anda sudah boleh memilikinya.

maxresdefault

Antara tetapan asas untuk android player mampu milik yang masih boleh dikatakan lengkap tetapannya.

Tetapi bagaimana pula dengan spesifikasi dan ketahanan yang ditawarkan? Adakah berbaloi atau tidak.

Baiklah, secara puratanya android player kini boleh didapati dengan harga serendah RM199 sahaja. Spesifikasinya pula boleh dikatakan cukup baik untuk kegunaan asas seperti tetapan radio, sambungan bluetooth dan beberapa lagi.

Misalnya, jenama Mohawk yang mendapat respons yang baik dalam kalangan pengguna kereta model Axia, Myvi Bezza, Alza dan Viva.

Perlu difahamkan bahawa perbezaan harga alat pintar tersebut bergantung kepada jenama, storan dan saiz skrin.

Harga alat tersebut akan lebih mahal jika ia dibeli bersama kamera depan belakang yang boleh disambungkan sebagai tetapan tambahan pada kenderaan.

Bagaimana pula dengan upah pemasangan? Kebanyakan pemilik tidak tahu dan memikirkan caj yang dikenakan untuk memasangkan alat itu pasti mahal memandangkan ia memerlukan kemahiran sambungan wayar di dalam kereta.

401612519_816745750459024_8790997507676750004_n

Rupa bentuk android player yang baharu dipasang dengan rupa bentuk yang premium dan mampu milk.

Akan tetapi, tanggapan tersebut sama sekali tidak tepat. Bagi yang individu berkemahiran, banyak di antara mereka menawarkan perkhidmatan pemasangan serendah RM60 hingga RM100 ringgit sahaja (bergantung pada saiz dan model kereta). Khidmat tersebut mudah untuk dicari di platform media sosial seperti Facebook.

Akhir sekali, bercakap mengenai relevan atau tidak untuk menukar aksesori itu, ia bergantung kepada kehendak dan keperluan masing-masing.

Adakalanya ia tidak digemari oleh segelintir individu kerana menggunakan sistem sentuh. Mungkin leceh sedikit buat golongan yang sudah berumur.

Pada masa sama, pemasangan alat pintar tersebut juga menampak kemasan dalaman kereta menjadi eksklusif dengan wajah pendigitalan yang cukup canggih.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram