PELAWAK terkenal Shuib, 40, atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad pada Rabu meluahkan kemarahannya berhubung individu yang didakwa menyebar fitnah membabitkan bekas isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Meskipun permohonan maaf telah dibuat oleh si pelaku, bekas penyampai radio itu berkeras mahu memfailkan saman terhadap individu berkenaan.
Tidak mendedahkan secara terperinci fitnah dilemparkan terhadap bekas isterinya, Shuib bagaimanapun meminta pelaku bersemuka dengannya atau dia berdepan dengan tindakan undang-undang.
Shuib marah siapa tu??? pic.twitter.com/fiupU6bH01
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) October 23, 2024
Terbaharu, akaun Instagram pelaku, @thenadea dipercayai telah pun dipadam selepas enggan berjumpa dengan Shuib.
Hal itu dikongsikan di InstaStory pelawak tersebut pada Khamis yang tampil menyoal status akaun tersebut.
Perkongsian InstaStory Shuib pada Khamis.
Dalam pada itu, Shuib sebelum ini tegas menyatakan kemarahan terhadap mana-mana hantaran media sosial yang berbaur fitnah dan tohmahan terhadap arwah isterinya.
Jelasnya, dia tidak akan berdiam diri jika kejadian itu kerap berlaku dengan tindakan undang-undang akan dikenakan pada si pelaku.
Terdahulu, Shuib berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya terbabit dengan pertubuhan Freemason pada Julai lalu.
Individu itu mendakwa Allahyarham Siti Sarah ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan ibu mengandung berisiko andai tidak mengambil vaksin.
Enggan berkompromi dengan hal itu, Shuib kemudiannya memfailkan sama fitnah terhadap pelaku dan jumlah bayaran tersebut didermakan kepada tabung Palestin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram