AMARAN tentang pencemaran plastik semakin kerap dikeluarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan kebimbangan terhadap kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.
Bukan setakat kuantiti sampah plastik dalam jumlah yang besar yang dibuang ke lautan, malah penguraian bahan berkenaan menjadi serpihan lebih kecil sehingga memasuki rantaian makanan juga telah mendorong kebimbangan terhadap faktor kesihatan orang ramai.
BACA LAGI: 'Boleh menang tapi jadi seri' legend Selangor gesa Nidzam Jamil atasi masalah konsistensi
BACA LAGI: Pengamal media tuntut penjelasan rasmi pegawai Selangor didakwa hambur kata kesat
Susulan kajian baru-baru ini yang mendapati serpihan mikro plastik boleh berpindah dari seorang ibu kepada bayi yang belum lahir selain boleh memasuki zakar dan testikel, sekumpulan penyelidik dari beberapa universiti telah melaporkan bahawa nanoplastik (kepingan lebih kecil daripada mikrometer, atau 0.001mm) boleh menembusi penghalang sel darah-otak.
"Memahami bagaimana zarah-zarah ini melintasi penghalang darah-otak membuka jalan baharu untuk membangunkan langkah pencegahan terhadap potensi yang memudaratkan," kata Sarka Lehtonen dari Universiti Finland Timur yang menjalankan penyelidikan bersama saintis dari Universiti Padua, Pusat Helmholtz untuk Penyelidikan Alam Sekitar GmbH, Universiti Birmingham dan sekolah-sekolah lain.
Kajian mendapati serpihan kecil sampah boleh melalui penghalang sel darah-otak— Agensi
Menurut kenyataan Universiti East Finland, penemuan itu menunjukkan keperluan untuk penyelidikan lanjut mengenai potensi neurotoxicity dan kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia.
Tugas pasukan tersebut adalah langkah penting untuk ke hadapan dalam bidang nanotoksikologi dan membuktikan bahawa instrumental dalam membentuk penyelidikan serta peraturan pada masa depan mengenai pencemaran nanoplastik serta kesannya terhadap kesihatan manusia," dakwa universiti berkenaan.
Penemuan itu diterbitkan pada minggu sama semasa The Ocean Clean-up, sebuah pertubuhan dari Belanda menjalankan aktiviti mengalihkan sampah dari lautan dengan anggaran kos menelan belanja AS$7.5bilion (RM29.22 juta).
Aktiviti itu bagi melaksanakan tugas yang sukar untuk mengalihkannya Lautan Sampah Pasifik (Pacific Garbage Patch),yang terapung di lautan California dan memiliki keluasan kira-kira tiga kali ganda saiz negara Perancis.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram