Bukan setakat 'meleper', ketahui 5 jenis tayar motor tawarkan prestasi pecutan dan tunggangan efektif


  • Hobi
  • Rabu, 23 Okt 2024

Pemilihan tayar yang tepat memberikan prestasi tunggangan yang puas dan maksimum. — Gambar hiasan

BAGI seorang penunggang motosikal, tayar merupakan komponen yang penting untuk menggerakkan jentera dua roda tersebut.

Jadi amat mustahak mereka di luar sana mengetahui jenis tayar bersuaian untuk memberikan tunggangan yang efektif dan mengekalkan prestasi terbaik serta selamat ketika berada di atas jalan.

BACA LAGI: 'Insya-ALLAH recovery fast', janji The Engineer pujuk fans Gergasi Merah

BACA LAGI: Otot lutut koyak buat enjin Gergasi Merah terpaksa rehat lama, bikin Nidzam Jamil terus pening kepala

Berikutan adalah lima jenis tayar yang disyorkan buat penunggang tegar motosikal.

Ducati-MY25-Multistrada-V4-overview-hero-short-1600x1000

Ducati Multistrada V4.

Tayar Touring

Tayar touring atau istilah lain tayar menjelajah merujuk kepada jenis motosikal jarak jauh mencecah 300 hingga 400 kilometer (km) dalam masa satu hari di atas jalan yang biasa dan berpasir contohnya Ducati Multistrada V4.

Memfokuskan ketahanan pada getah dalam satu tempoh yang panjang, ia memiliki permukaan tayar yang lebih keras serat kasar di bahagian tengah dan sedikit lembut di bahagian sisi.

Corak alur pada bunga tayarnya membantu memberikan kelebihan kepada penunggang untuk berada atas pelbagai permukaan jalan yang lasak.

Malah, kebiasaannya tayar ini direka dengan teknologi dwi-kompaun (kepelbagaian mod tunggangan) yang mampu bertahan dalam apa jua keadaan.

7630801-0-44580641

Harley Davidson model cruiser.

Tayar Cruiser

Lazimnya, tayar jenis cruiser akan digunakan oleh penunggang motosikal dengan kuasa enjin besar dan reka bentuk badan jentera yang lebar serta berat.

Mula popular digunakan pada 1930 hingga awal 1960, Harley Davidson antara jenama yang sering memaikai tayar tersebut.

Ia mempunyai ketahanan untuk tempoh masa yang agak lama sebelum ia haus kerana tayar itu dicipta untuk tunggangan jarak jauh dan sesuai dengan individu berbadan besar.

Corak bunga tayaranya pula memiliki alur garisan yang banyak bagi memberikan fungsi cengkaman yang baik ketika di atas jalan raya walau apa jua keadaan cuaca.

Saiz tayarnya cukup lebar dan ia menghasilkan kestabilan yang baik Ketika memecut.

Namun, ia sama sekali tidak sesuai untuk mereka yang gemar beraksi di selekohan tajam kerana kelebaran tersebut berisiko tinggi tergelincir dan hilang kawalan.

newmax2

Tayar berdadu motosikal jenis scrambler/motocross yang lebih tahan lasak.- Agensi

Tayar Scrambler/Motocross

Penunggang motosikal jenis scrambler atau motocross pasti akan memasangkan tayar selalunya telah dikhususkan dengan rekaan yang sinonim dengan tunggangan di atas permukaan tanah, leach atau batu-batuan atau dalam istilah lain off road.

Tayar bunganya direka dalam bentuk berdadu, lebih tebal dan lebih timbul bagi memberikan cengkaman dan tolakkan badan motosikal yang sangat kuat semasa beraksi.

Malah tayar tersebut amat sukar untuk mengalami kebocoran semasa menunggang dan mengambil masa yang agak lama untuk ia haus.

Biarpun terdapat sesetengah penunggang motosikal menggunakan tayar jenis ini di atas jalan raya rata, sebenarnya ai amat tidak digalakkan. tayar tersebut agak berisiko untuk tergelincir walaupun cuaca panas dan jalan kering.

11_2025_YZFR1S1L_DPBMC_US_00_YY_32887_1726678368-e1726678460515

Yamaha YZF-R1.

Tayar Hypersport

Hypersport pula lebih kepada permukaan yang licin dan bunga yang nipis. Tayar jenis ini selalu kelihatan di kejohanan perlumbaan trek.

Lazimnya motosikal berkuasa tinggi jenis superbike yang mempunyai kuasa enjin lebih daripada 1000 sentimeter kubik (cc) akan menggunakan tayar berkenaan misalnya BMW S1000RR dan Yamaha YZF-R1.

Walaupun tayar tersebut nampak agak rata, ia khusus buat penunggang motosikal yang mementingkan kelajuan. Cengkaman yang dihasilkan mampu membuatkan motosikal anda menjadi ringan semasa memecut.

Bahkan, ia membolehkan penunggang beraksi di selekohan yang tajam dalam kadar kelajuan yang tinggi akan tetapi ia masih bergantung pada permukaan jalan dan kemahiran penunggang.

Tempoh jangka hayatnya pula agak singkat dan harganya agak mahal namun ia tetap bergantung kepada kekerapan dan jarak perjalanan motosikal tersebut.

rim_aap_ex5_high_power__tayar_1669871960_67b88bd6_progressive

Tayar tanpa tiub di dalamnya.

Tayar Tubeless (TT)

Tayar TT lebih biasa dan mudah didapati di bengkel motosikal dan sering dilihat di atas jalan raya kerana digunakan pada motosikal enjin berkuasa bawah 150 cc.

Ia boleh digunakan pada permukaan jalan tar dan selalunya mengambil masa tiga hingga ke lima bulan mengikut gred bunga tayar sebelum ia perlu ditukar.

Sedikit petua yang mungkin segelintir penunggang tidak tahu, amalkan untuk masukkan Bersama sejenis silicon atau gam khusus di bahagian dalam tayar tersebut kerana ia akan melindungi permukaan luar daripada bocor akibat terlanggar objek tajam. Cara tersebut juga akan menyebabkan tayar lebih tahan lasak dan lama sebelum ia haus. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram