Sukar hentikan tabiat anak gigit kuku? Kalendar dan ganjaran mampu mengubahnya


  • Sihat
  • Sabtu, 07 Sep 2024

Ketegangan dan tekanan sering menjadi pencetus kepada kanakkanak untuk menggigit kuku. — dpa

RAMAI kanak-kanak mempunyai tabiat menggigit kuku dan perkara itu mungkin berlaku pada anak anda juga.

Apakah kesan-kesan yang mungkin timbul daripada tabiat tersebut?

Pernahkah terfikir mengapa mereka sebegitu dan bagaimana boleh membantu anak-anak untuk berhenti?

BACA LAGI: Pakar UMS-HQE2 berjaya bedah otak warga emas secara sedar di Kota Kinabalu

BACA LAGI: Bersediakah anak-anak ‘delay’ mulakan persekolahan?

nail-biting-in-toddlers

Menggigit kuku boleh menyebabkan jangkitan yang teruk di sekitar kuku dan merosakkan gigi depan. — Healthwire

Menurut pakar pediatrik Dr. Monika Niehaus, tekanan dan stres sering menjadi pencetus tabiat menggigit kuku.

Namun, ia memberikan kelegaan sementara dalam situasi yang tidak menyenangkan secara emosi dan fizikal.

Kanak-kanak biasanya mula menggigit kuku mereka pada usia tiga atau empat tahun walaupun tabiat itu sering kali berhenti dengan sendirinya dan ia tidak selalu berlaku.

Namun, menggigit kuku boleh menyebabkan jangkitan yang teruk di sekitar kuku, merosakkan gigi depan serta memberi tekanan berlebihan pada rahang yang mungkin menyebabkan masalah lain.

Selain itu, ia juga meningkatkan risiko penyakit akibat kuman yang tersebar dari tangan ke mulut.

Memarahi anak tidak disarankan kerana ia boleh memperburuk tabiat tersebut.

Ada juga idea yang boleh mencegah tabiat itu dengan meletakkan pengilat kuku untuk mengelak gigitan kuku juga tidak selalu berkesan.

Sebaliknya, ibu bapa boleh galakkan anak untuk berhenti dan sokong mereka dalam proses tersebut.

Contohnya, ibu bapa boleh meletakkan pelekat bintang di kalendar untuk setiap hari bagi mencatat tabiat anak menggigit kuku dan beri ganjaran selepas dua minggu.

Anda akan lebih mudah mengetahui tabiat anak anda itu jika menyedari waktu yang sering mereka berbuat demikian.

Kemudian, anda boleh 'buang' gangguan tersebut seperti rancangan televisyen yang boleh mencetuskan tabiat gigi kuku mereka.

Memotong kuku anak secara berkala juga boleh mengurangkan godaan untuk menggigit kuku.

Jika semua usaha tersebut gagal, bawa anak ke pakar pediatrik.

Jika terdapat jangkitan pada kulit di sekitar kuku atau berlaku pendarahan dan tabiat menggigit kuku masih berterusan, terapi tingkah laku kognitif (CBT) oleh bantuan ahli psikoterapi mungkin dapat membantu anak mengatasi stres dan menghentikan tabiat tersebut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram