Otak boleh terjejas jika tiada matlamat hidup


  • Sihat
  • Ahad, 01 Sep 2024

Satu kajian baharu mendapati bahawa kesejahteraan psikologi, termasuk mempunyai matlamat hidup dan mengalami pertumbuhan peribadi membawa kepada penuaan yang sihat

MENURUT satu kajian, orang berusia yang merasakan hidup mereka tidak mempunyai matlamat mungkin lebih terdedah untuk hilang ingatan dan masalah berfikir.

Malah, melaui kajian baharu itu turut menambah bukti yang mengaitkan kesihatan psikologikal dengan penuaan sihat.

Melalui kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Neurologi, Neurosurgeri dan Psikiatri meneliti data dalam jangka masa panjang mengenai ratusan orang berusia di Illinois, Amerika Syarikat.

BACA LAGI: [VIDEO] Kenal syabu ketika usia 12 tahun, detik kawan mati ketika tengah 'high' ubah diri Iskandar

BACA LAGI: [VIDEO] Disiplin ‘ke laut’ tengok perbarisan, perangai memalukan masih tak berubah selepas 67 tahun merdeka

Kira-kira 910 orang telah dijejaki selama purata 14 tahun untuk menilai sama ada mereka mengalami demensia.

Penilaian psikologi tahunan dijalankan ke atas mereka yang terlibat dalam kajian itu.

Penilaian ini mengumpulkan maklumat tentang matlamat hidup, hubungan antara manusia, kesedaran diri, pertumbuhan diri, autonomi dan 'kemahiran persekitaran'.

Semasa pemeriksaan susulan, kira-kira 29 peratus didiagnosis dengan kemerosotan kognitif ringan, - tahap peringkat antara penurunan ingatan dan pemikiran yang berkaitan dengan usia, dan demensia.

Dan dalam kalangan kumpulan ini, 34 peratus didiagnosis dengan demensia.

Pasukan penyelidik antarabangsa mendapati bahawa orang yang mengalami gangguan kognitif mengalami penurunan masalah psikologi yang lebih cepat berbanding dengan orang yang 'secara kognitif utuh'.

shutterstock_754295458-min-scaled

Kesejahteraan psikologi penting dalam menentukan tahap penuaan. — Gambar Hiasan

Menurut pakar, keadaan itu sekali gus membawa kepada penurunan kesejahteraan mereka dua tahun sebelum mereka didiagnosis dengan gangguan kognitif ringan.

Melihat kepada elemen yang berbeza mengenai kesejahteraan psikologi, para penyelidik mendapati orang yang mengalami gangguan kognitif ringan didapati tidak mempunyai tujuan dalam hidup kira-kira tiga tahun sebelum diagnosis.

Dan mereka mempunyai tahap pertumbuhan peribadi yang rendah selama enam tahun sebelum diagnosis.

"Kesejahteraan psikologi (terutamanya tujuan dalam hidup dan pertumbuhan peribadi) menjadi rendah sebelum diagnosis gangguan kognitif ringan.

"Kekurangan kesejahteraan psikologi mungkin berfungsi sebagai punca fungsi kognitif terjejas.

"Dan sokongan psikologi pasca-diagnostik harus dirancang untuk orang yang didiagnosis dengan gangguan itu," kata pasukan penyelidik. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram