Pecah rekod, lebih 1 tan 'ikan bandaraya' ditangkap di Sungai Damansara, bakal jadi baja


  • Massa
  • Selasa, 27 Ogos 2024

Pertandingan menangkap ikan pleco yang dianjurkan di bawah MBI Selangor dan Landasan Lumayan Sdn Bhd. β€” GLENN GUAN/The Star

DALAM tempoh dua jam, lebih satu tan ikan 'pleco' atau lebih dikenali dengan nama ikan bandaraya ditangkap di Sungai Damansara, Subang, Selangor.

Tangkapan ini dipercayai antara yang terbesar pernah direkodkan dalam cubaan untuk mengawal spesis bahaya itu.

Program itu disertai oleh 32 ahli Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya (KPIB), yang menyertai pertandingan menangkap ikan pleco yang dianjurkan oleh Selangor Menteri Besar Incorporated (MBI Selangor) dan Landasan Lumayan Sdn Bhd.

BACA LAGI: Amaran awal KL didakwa kurang selamat, isu 'giant sinkhole' dibangkitkan sejak 2015

BACA LAGI: Trauma masih terbayang depan mata, tragedi Canny Ong pencetus idea zon parkir wanita diwujudkan sejak 2012

Program ini menerima sokongan daripada Universiti Malaya, Universiti Selangor dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata 1,142kg pleco telah ditangkap ketika pertandingan itu.

β€œIni adalah peningkatan ketara berbanding 700kilogram yang ditangkap di Sungai Langat semasa pertandingan serupa pada April.

"Jika ikan tersebut membiak dengan begitu banyak di Sungai Damansara, bayangkan di Sungai Klang, memandangkan Sungai Damansara bersambung kepada sungai utama" katanya.

Izham berkata, kesemua ikan yang ditangkap akan diproses menjadi makanan ikan dan baja.

Baru-baru ini, StarMetro melaporkan jabatan perikanan melepaskan lebih 1.11 juta ikan tempatan, termasuk udang air tawar dan ikan lampam ke dalam sungai sejak lima tahun lalu untuk menangani isu itu.

Tambah lagi, Izham berkata bermula bulan hadapan, kerajaan akan melaksanakan program memberi ganjaran RM 1 untuk setiap kilo ikan yang ditangkap.

Inisiatif itu akan mengambil tempat di Denai Sungai Kebangsaan @ Sungau Langat di Bangi, Selangor pada setiap hujung minggu.

"Kerajaan akan memperuntukkan bajet permulaan sebanyak RM 50,000 untuk insentif. Ia akan dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

"Peserta boleh sertai dengan peralatan mereka sendiri, dan insentif akan dibayar serta merta," katanya.

Izham juga berkata pihak universiti sedang mengkaji cara untuk mendapatkan wang daripada ikan yang ditangkap ketika program itu.

"Salah satu kajian melibatkan mencipta pelet daripada ikan tersebut untuk memberi makan ikan lain.

"Jika berjaya, pelet ini boleh dijual pada harga yang rendah, memberi manfaat kepada penternak ikan."

Izham berkata, penting untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan spesis ikan invasif terhadap ekosistem sungai.

"Ramai orang yang melepaskan ikan ke sungai dengan niat yang baik, tapi tidak menyedari kesan buruknya".

"Spesis seperti 'pleco' membiak dengan cepat, membawa kepada penurunan populasi ikan tempatan dan kehilangan biodiversiti," tambahnya. β€” The Star/VIJENTHI NAIR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram