Ketahui perbezaan baja kompos dan sungkup, bantu pekebun jaga tanaman


  • Hobi
  • Isnin, 26 Ogos 2024

Kompos boleh ditaburkan pada permukaan tanah atau dicampur terus ke dalam tanah. — 123rf

PENGGUNAAN sungkup (bahan-bahan organik atau bukan organik) bagi tanaman adalah berfungsi sebagai lapisan pelindung untuk tanah dan menawarkan pelbagai faedah kepada tumbuh-tumbuhan.

Apabila digunakan pada permukaan tanah, sungkup dapat membantu mencegah hakisan, memelihara kelembapan, menyekat pertumbuhan rumpai serta mengawal suhu tanah.

Pekebun boleh memilih untuk menggunakan antara dua jenis utama sungkup sama adan organik dan bukan organik.

BACA LAGI: Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat

BACA LAGI: Cemas kawan kena serangan jantung ketika bersukan? Pakar kongsi simptom dan ketahui bantuan awal

Mulching with materials to achieve the correct carbon nitrogen ratio is important. — 123rf.com

Sungkup perlu mencapai nisbah karbon nitrogen yang betul untuk membantu mencapai fungsi optimum. — 123rf.com

Sungkup organik termasuk bahan seperti jerami, serpihan kayu, daun, kulit kayu dan baja haiwan yang dikompos dengan baik dapat memberikan kelebihan tambahan.

Apabila pilihan semula jadi ini terurai, sungkup secara beransur-ansur melepaskan nutrien ke dalam tanah dan ia akan bertindak meningkatkan kesuburan.

Bagaimanapun, penguraian sungkup organik tersebut adalah agak singkat, biasanya berlaku beberapa minggu hingga beberapa bulan, bergantung kepada bahan dan keadaan iklim semasa.

Sebaliknya, sungkup bukan organik yang dicampurkan bahan seperti kerikil, batu, fabrik landskap dan plastik memberikan penyelesaian yang lebih kekal.

Sangat tahan terhadap penguraian, bahan tersebut mengekalkan fungsi perlindungan kepada tanaman untuk tempoh yang lama.

Walaupun sungkupan bukan organik tidak membekalkan nutrien kepada tanah, ia bertindak melawan pembentukan rumpai jangka panjang, kawalan hakisan dan pemuliharaan kelembapan.

Kompos boleh diletakkan pada permukaan tanah atau dicampur terus ke dalam tanah.

Kompos terdiri daripada bahan organik terurai seperti sisa dapur, sisa taman, sisa haiwan dan bahan terbiodegradasi lain.

Tujuan utama kompos adalah untuk memperbaiki struktur tanah, menyediakan nutrien dan meningkatkan kesihatan tanah secara keseluruhan.

Apabila digunakan pada permukaan tanah, kompos berfungsi sebagai sungkup organik.

After three months, the wood chips will turn into mulch and can be used as fertiliser. (Klang Municipal Council makes compost from cut trees and branches at its nursery)

Selepas tiga bulan, serpihan kayu akan bertukar menjadi sungkup dan boleh digunakan sebagai baja. Gambar fail

Ia menawarkan manfaat yang sama seperti sungkup organik lain, termasuk perlindungan terhadap hakisan, pemuliharaan kelembapan tanah, pengawalan rumpai serta pengawalan suhu tanah.

Seperti sungkup organik, kompos juga terurai dari semasa ke semasa secara beransur-ansur membebaskan nutrien yang disimpan.

Kedua-dua sungkup organik dan kompos meningkatkan populasi dan aktiviti mikrob tanah yang boleh meningkatkan kesihatan tanah secara keseluruhan.

Apabila menggunakan sungkup atau kompos, taburkannya secara rata ke seluruh permukaan tanah.

Namun, diingatkan agar tidak menggunakan sungkup terlalu banyak dan menjauhkannya dari batang tumbuhan untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.

Elakkan sungkup berlebihan yang boleh membahayakan tumbuhan.

Biasanya, 3 hingga 5 kilogram (kg) sungkup organik atau kompos digunakan setiap meter persegi.

Walaupun sungkup sentiasa digunakan di permukaan, kompos boleh ditaburkan sama ada di permukaan atau dicampur ke dalam tanah. The Star

Prof Madya Dr Christopher Teh ialah ketua Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia dan pakar dalam bidang pemuliharaan tanah dan air.

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram