Siasatan kes bunuh Nuraina Humaira di peringkat akhir — Polis Perak


  • 112
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

Mayat kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli dipercayai diperkosa sebelum dibunuh oleh suspek. — Gambar fail

SIASATAN kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, yang ditemui mati dan dipercayai dibunuh di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di Sungai Siput, Sabtu lalu sudah di peringkat akhir.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan kes dengan merakam percakapan beberapa individu terdiri daripada kenalan dan penduduk kampung.

Menurutnya, suspek berkenaan sudah pun ditahan dan siasatan yang dijalankan mengambil kira pandangan dan pelbagai elemen daripada pakar-pakar yang berkaitan.

BACA LAGI: [VIDEO] Penjenayah terlibat kes samun bersenjata api maut berbalas tembakan dengan polis di Bandar Sunway

BACA LAGI: Bukit Aman siasat geng penjenayah terlibat insiden tembakan di Sunway urus hasil samun RM8 juta sejak 2018

MGHQ190824001

Hasil siasatan ke atas suspek yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh kanak-kanak perempuan Orang Asli sudah hampir lengkap. — Malaysia Gazette

“Siasatan hampir 99.9 peratus lengkap.

"Maknanya siasatan sudah berada pada peringkat akhir dan kita akan teruskan tindakan ke peringkat pertuduhan di mahkamah.

Terdahulu media melaporkan Nuraina Humaira Rosli yang hilang sejak Jumaat lepas ditemukan meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan berkenaan pada Sabtu lepas.

Hasil keputusan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat tekanan pada bahagian leher.

Isnin lepas, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun direman selama seminggu hingga 25 Ogos bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram