NAMA atlet Brazil, Augusto Akio kini menjadi perbualan hangat bagi peminat dunia skateboard selepas berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam di temasya Olimpik Paris 2024.
Pada awal pertandingan, Akio menghadapi persaingan sengit sehingga hampir tidak layak ke pusingan akhir iaitu dengan mata yang diperoleh sebanyak 88.98.
Bagaimanapun, di peringkat akhir, Akio dilihat semakin laju dan cekap, selain mempamerkan aksi terbaiknya iaitu juggles while doing tricks sehingga memperoleh 91.85 mata.
BACA LAGI: Dulu jiran kini suami isteri, pencinta motosikal retro sanggup 'ride' hingga ke Kemboja
BACA LAGI: 'Kalau pandai, saya pun guna', Imuda anggap teknologi AI tak jatuhkan martabat seni pelukis
Akio menunjukkan skil juggling ketika bermain skateboard.
Markahnya itu membolehkan dia memperoleh pingat gangsa, mengetepikan rakan senegaranya, Pedro Barros yang hanya memperoleh hanya 0.20 mata.
Pastinya untuk berada di tahap itu bukanlah satu perjalanan yang mudah memandangkan banyak liku yang dihadapi.
Tiga tahun lepas, lelaki berusia 23 tahun itu pernah mengalami kecederaan yang menyebabkannya tidak mampu mempraktikkan sukan papan selaju.
Selepas kecederaannya pulih, Akio mengambil langkah pantas dengan meneruskan praktis juggling sambil bermain papan selaju.
Kemahiran luar biasa dalam skateboard dipamerkan membolehkan Akio memenangi pingat gangsa.
Fakta mengenai Augusto Akio
Akio merupakan pemuda berdarah campuran iaitu ibunya merupakan keturunan Jepun, manakala ayahnya warga Brazil.
Ibu dan datuknya yang 100 peratus berketurunan Jepun terus mengamalkan budaya Jepun meskipun mereka kini bermastautin di Brazil.
Namun begitu, Augusto menganggap tempat kelahirannya di Brazil sebagai identitinya.
Sejak kecil, ibu bapa Akio sangat memberi sokongan penuh kepadanya untuk meneruskan kerjaya dalam sukan papan selaju.
Akio sering menonton aksi papan selaju di kaca televisyen sehingga mengimpikan untuk memperoleh papan selaju sendiri.
Kemudian, ibunya memberinya papan selaju baharu yang tidak mempunyai cekung dan sangat lurus dengan hanya lekukan kecil.
Augusto Akio memenangi pingat gangsa di temasya Olimpik Paris 2024.
Bapanya juga sentiasa mengimpikan dia menjadi versi terbaik dirinya dan mencapai perkara besar dalam sukan papan selaju.
Sejak itulah dia bergiat aktif dalam sukan papan selaju.
Dalam komuniti skating, Akio terkenal dengan nama samaran, Japinha yang membawa makna 'little Japanese guy' dalam bahasa Portugis.
Pada 14 Mei 2023, Augusto ke Makuhari Messe, iaitu sebuah lokasi acara persidangan di Tokyo, Jepun untuk sesi penggambaran skateboard.
Kejohanan Sukan Olimpik 2024 menyaksikan pelbagai elit papan selaju dari seluruh dunia.
Selain Akio, pemain luncur Australia, Keegan Palmer mempertahankan kejuaraan Olimpik pada tahun ini dengan markah tertinggi 93.11.
Tom Schaar dari Amerika Syarikat pula memperoleh pingat perak dengan 92.23 mata. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram