Pengguna TikTok wanita selalu rasa diri sendiri tak cantik, berat badan kurang ideal


  • Sihat
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Para penyelidik menyatakan bahawa walaupun wanita yang terdedah kepada kandungan neutral melaporkan penurunan dalam rasa puas hati terhadap tubuh badan. — AFP

PENGGUNAAN aplikasi TikTok membolehkan pengguna menemui pelbagai kandungan misalnya petua solekan, video memasak dan trend fesyen hingga ke alam semula jadi.

Walaupun kesihatan tetap menjadi tarikan utama platform, kajian di Australia memberi amaran tentang kesan negatif kandungan TikTok terhadap kesihatan mental khususnya berkaitan imej badan dan gangguan pemakanan.

Kajian oleh Universiti Charles Sturt dan diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE menunjukkan bahawa penggunaan TikTok boleh meningkatkan ketidakpuasan imej badan dan gangguan makan pada golongan wanita muda.

BACA LAGI: [VIDEO] Cut Intan Nabila rupanya bekas atlet fencing, 5 tahun menderita jadi mangsa keganasan rumah tangga

BACA LAGI: Pelakon suara Pokemon derita kanser payudara meninggal dunia pada usia 46 tahun

orang-tua-jangan-lengah-kenali-jenis-jenis-dan-gejala-gangguan-makan-pada-remaja

Penyelidikan mendapati golongan wanita muda yang terdedah dengan kandungan TikTok mengalami gejala gangguan makan dan tahap rasa tidak puas hati terhadap tubuh badan. — Alodokter

Penyelidikan melibatkan 273 wanita berumur 18 hingga 28 tahun yang ditanya tentang penggunaan TikTok mereka, gejala gangguan makan, kepuasan badan dan pandangan mereka terhadap standard kecantikan masyarakat.

Separuh daripada peserta menonton video TikTok tentang gangguan makan, manakala yang selebihnya menonton kandungan neutral.

Hasil kajian mendapati bahawa pendedahan kurang 10 minit kepada kandungan TikTok yang berkaitan dengan anoreksia memberikan kesan negatif serta-merta terhadap imej badan dan ideal kecantikan.

Malah, wanita yang terdedah kepada kandungan neutral juga melaporkan penurunan dalam tahap rasa puas hati terhadap bentuk badan masing-masing.

Para penyelidik mencadangkan perlunya peraturan yang lebih ketat di TikTok untuk mengawal akses kepada kandungan pro-anoreksia dan pemakanan tidak teratur.

Mereka menyeru perubahan budaya dan organisasi dalam platform tersebut untuk mengurangkan risiko gangguan makan dan meningkatkan kesihatan mental wanita muda. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram