[VIDEO] Cut Intan Nabila rupanya bekas atlet fencing, 5 tahun menderita jadi mangsa keganasan rumah tangga


  • Hiburan
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Cut Intan Nabila yang pernah menempa nama sebagai atlet fencing Indonesia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

SELEPAS tersebar rakaman video mengenai keganasan rumah tangga yang dialami seorang pempengaruh media sosial, Cut Intan Nabila, kini biodatanya pula menjadi tumpuan ramai.

Manakan tidak, Cut Intan Nabila juga merupakan bekas atlet fencing Indonesia yang mulai dikenali umum sejak 2013.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia mendedahkan bahawa dirinya pernah menyertai Kejohanan Anggar (Fencing) Kebangsaan di Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, Indonesia pada November 2018.

BACA LAGI: Penyanyi Nora Ariffin diceraikan talak satu menerusi rakaman video di Instagram

BACA LAGI: Celine Dion tak rela Trump guna 'My Heart Will Go On' dalam kempen politik

biodata-dan-agama-cut-intan-nabila-mantan-atlet-anggar-yang-jadi-korban-kdrt-sang-suami-5tbW5mw8RA

Cut Intan Nabila merupakan bekas atlet fencing Indonesia yang mulai dikenali umum sejak 2013.

Pada 2019, Cut Intan Nabila menamatkan zaman persekolahan dari Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 11 Banda Aceh, Indonesia.

Tidak lama selepas tamat pengajian, Cut Intan Nabila bertunang dan bernikah dengan seorang lelaki bernama Armor Toreador Gustafiante.

Difahamkan, Armor merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif syarikat perniagaan dandanan rambut.

Lelaki lulusan Universiti Al Azhar Indonesia itu juga merupakan anggota Badan Pengurus Daerah Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (Hipmi) Jawa Barat.

atlet-anggar-cut-intan-nabila-jadi-korban-kdrt-dipukul-suami-berkali-kali-hingga-bayinya-ditendang-JHKWFpph4S

Cut Intan Nabila melupakan kerjaya sebagai ' fencer' selepas kelahiran anak pertamanya pada 2020.

Pernikahan itu tidak mematikan karier Cut Intan Nabila sebaliknya dia masih aktif berlatih dan mengikuti beberapa kejuaraan.

Dia hanya memberi fokus terhadap rumah tangga selepas kelahiran anak pertamanya pada 2020.

Kini, Cut Intan Nabila berkerjaya sebagai selebriti dan model dengan profesionnya yang ditulis sebagai model fesyen di laman Instagram.

Ibu kepada dua anak itu juga mempunyai lebih 340,000 pengikut di Instagram, jadi tidak hairanlah banyak jenama yang ingin bekerjasama dengannya.

Menerusi akaun media sosial, Cut Intan Nabila sering memuat naik portfolio dirinya sebagai model kepada beberapa jenama tudung dan pakaian muslimah.

Selain tudung dan pakaian muslimah, Cut Intan Nabila turut menerima sokongan daripada beberapa jenama penjagaan kulit dan solekan tempatan serta produk isi rumah.

- 1

Cut Intan Nabila mengalami keganasan rumah tangga.

Sebelum ini, Cut Intan Nabila menerusi satu hantaran rakaman video mendedahkan tentang keganasan rumah tangga yang dialami dalam tempoh selama lima tahun membina rumah tangga.

"Selama ini saya bertahan kerana anak saya, ini bukan kali pertama saya mengalami keganasan rumah tangga. Terdapat berpuluh-puluh video lain yang saya simpan sebagai bukti," katanya.

Cut Intan Nabila juga mendedahkan sudah banyak kali dicurangi sewaktu menjalin kasih dengan Armor.

WhatsApp Image 2024-08-13 at 6.40.02 PM

Cut Intan Nabila kini lebih selesa dengan kerjaya sebagai pempengaruh dan model.

"Lima tahun berkahwin banyak wanita lain menduga rumah tangga saya bahkan mereka juga ada yang terdiri daripada rakan saya.

"Saya sudah berkali-kali memaafkan tapi tak pernah terbuka hatinya, ternyata benar kecurangan dan kekerasan rumah tangga tidak akan pernah berubah," katanya.

Dalam rakaman yang dimuat naik, dilihat suaminya memukul, menendang dan mencengkam Cut Intan Nabila berkali-kali.

Lebih menyayat hati, meskipun menjerit kesakitan, si suami tetap memukulnya.

Malah, bayi itu ditendang oleh kaki suami sewaktu cuba menendangnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram