REMAJA 17 tahun menerima hukuman 'cash' selepas maut dilanggar sebuah bas akibat tindakan mencuri telefon bimbit daripada lelaki warga emas berusia 71 tahun dalam kejadian di Utara São Paulo, Brazil.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), ia menunjukkan warga emas tersebut sedang berjalan di tepi jalan sambil bercakap dengan telefon bimbitnya, apabila remaja tersebut secara tiba-tiba menghampiri sebelum merampas peranti pintar itu daripada tangan mangsa.
Bagaimanapun ketika remaja itu melarikan diri, dia tidak perasan kehadiran bas yang sedang melalui Jalan Domingos Rodrigues, berdekatan lokasi kejadian.
BACA LAGI: Berperang hampir 9 bulan, rejim Zionis akui peluru makin habis, kereta kebal pula rosak
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita 92 tahun jadi popular lepas panjat pagar rumah jagaan
Adolescente de 17 anos morre atropelado por um ônibus segundos após ter furtado o celular de um idoso. Na verdade já foi tarde pra baixo pic.twitter.com/D9uO6nftfI
— justiça ⚖️ pelos moradores (@Michel838088) July 21, 2024
Rakaman menunjukkan remaja tersebut dirempuh bas terbabit dengan tubuhnya terperosok ke bawah kenderaan terbabit.
Menurut sumber daripada Jabatan Keselamatan Awam, remaja tersebut berjaya dibawa keluar dan dibawa ke Hospital Brasil namun meninggal selepas itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram