[VIDEO] Bapa, anak kembar maut dirempuh kereta api lepas kereta sorong terjatuh ke landasan


  • Benua
  • Selasa, 23 Jul 2024

Tangkap layar CCTV di Stesen Carlton, sebelum berlaku kejadian tragis yang meragut nyawa seorang bapa dan anak kembarnya,

SEORANG bapa dan anak kembarnya berusia dua tahun maut dilanggar sebuah tren selepas kereta sorong bayi terjatuh di atas landasan kereta api di selatan Sydney, Australia.

Dalam kejadian di stesen kereta api Carlton pada Ahad itu, mangsa, Anand Runwal sedang menolak kereta sorong yang dinaiki pasangan bayi kembarnya.

Bagaimanapun berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, Anand kelihatan terlepas kereta sorong tersebut, menyebabkan ia terjatuh ke landasan ketika mereka berada di platform.

Lelaki berusia 40 tahun itu cuba menyelamatkan bayi kembarnya sebelum dirempuh kereta api yang tiba.

BACA LAGI: 'Doa saya dimakbulkan,' bapa Zulfarhan mahu kes anaknya jadi pengajaran untuk pembuli

BACA LAGI: 'Lelaki dah tak selamat', komuniti runner dedah alami gangguan seksual tapi ramai kata scammer cari mangsa

Dia berjaya menyelamatkan seorang daripada bayinya yang hanya mengalami kecederaan ringan dan dimasukkan ke hospital.

Namun Anand dan seorang lagi anak kembarnya disahkan meninggal dunia akibat kejadian itu.

Saksi kejadian Lauren Langelaar memberitahu media antarabangsa Daily Mail Australia, bahawa ada seorang lelaki yang melambai pemandu tren tersebut untuk memberi peringatan mengenai kedudukan kereta sorong bayi yang hampir dengan landasan, namun gagal apabila tren itu tidak dijadualkan berhenti di Stesen Carlton.

Menurut laporan, mereka sekeluarga berpindah dari India ke Sydney pada Oktober 2023 bersama anak kembar mereka selepas Anand mendapat tawaran bekerja di sebuah firma teknologi maklumat.

Superintendan Polis New South Wales (NSW) Paul Dunstan berkata, bapa mangsa mungkin melepaskan pegangan kereta sorong itu buat 'seketika' dan menjadi punca kereta sorong itu menggelongsor.

Beliau juga tidak menafikan faktor angin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram