[VIDEO] Sampai ada yang patah tulang rusuk, pengunjung pantai Mykonos bertempiaran lari akibat hempasan ombak kuat


  • Benua
  • Isnin, 22 Jul 2024

Tangkap layar menunjukkan pengunjung pantai kelam-kabut menyelamatkan diri daripada hempasan ombak yang kuat.

PENGUNJUNG pantai di pulau Mykonos, Greece menerima 'kejutan' apabila sebuah feri penumpang secara tiba-tiba memecut dengan laju di tepi pantai hingga mengakibatkan hempasan ombak yang kuat di kawasan itu.

Kejadian tersebut berlaku pada Sabtu di pantai popular Agios Stefanos, bersebelahan dengan pelabuhan Mykonos.

Dua orang pengunjung dilaporkan cedera apabila ombak kuat tersebut menghentam pengunjung di tepi pantai, malah turut mengakibatkan seorang wanita patah tulang rusuk.

BACA LAGI: [VIDEO] Tuhan bayar 'cash', pencuri maut terperosok bawah bas lepas larikan telefon warga emas

BACA LAGI: Berperang hampir 9 bulan, rejim Zionis akui peluru makin habis, kereta kebal pula rosak

Seorang pengunjung yang bengang dengan situasi itu sempat merakam keadaan tersebut dan kelihatan pengunjung kelam-kabut menyelamatkan diri daripada hempasan ombak tersebut.

Ombak yang kuat itu juga mengakibatkan barangan peribadi pengunjung dihanyutkan ke tengah laut.

Menurut laporan media antarabangsa, kapten feri yang bertanggungjawab dengan tindakan itu sudah ditahan di pelabuhan Rafina di Greece.

Ketika kejadian, kelihatan dua remaja dan kanak-kanak melarikan diri daripada ombak tersebut.

Seorang lelaki yang merakam kejadian tersebut berkongsi video di laman media sosial Facebook dan menyatakan bahawa wanita di dalam video tersebut dimasukkan ke hospital akibat tulang rusuk yang patah.

Meskipun kelihatan kapal persiaran yang besar di dalam video, pengunjung dan pengawal pantai menyalahkan feri penumpang yang tidak kelihatan di dalam video.

-20-Facebook (1)

Dua remaja lelaki sedang membawa keluar seorang wanita daripada laut.

Feri tersebut dikatakan milik Fast Ferries Andros, yang membawa pelancong dan orang tempatan antara tanah besar, Mykonos dan pelbagai pulau yang lain.

Pihak berkuasa menangkap kapten tersebut atas melanggar peraturan operasi dan menyebabkan kecuaian sehingga cedera.

Pihak berkuasa pelabuhan Mykonos juga dilaporkan melancarkan siasatan atas kes tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram