IBU kepada dua anak, Eleda Zaaba, 33, yang salah seorang daripada anaknya, Elyas Adib Azhari, tujuh tahun, mengalami kelewatan perkembangan, berkata, dia tidak bertindak dengan segera walaupun sudah menyedari keadaan itu sejak anaknya berusia lima tahun.
Menurutnya, pihak tadika memaklumkan, Elyas tidak boleh mengikut arahan dan akan berlari-lari semasa sesi pembelajaran.