SEORANG wanita warga China berusia 92 tahun menjadi terkenal dalam kalangan netizen apabila 'mencipta rekod' ketika melarikan diri dengan memanjat pagar rumah jagaan warga emas di Bandar Yantai, Wilayah Shandong, baru-baru ini.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu yang tular di media sosial Weibo pada 4 Julai lalu, menunjukkan wanita itu hanya memerlukan masa 24 saat untuk memanjat pagar besi berketinggian dua meter.
Menurut pengarah pusat jagaan tersebut yang enggan dikenali, wanita terbabit merupakan penghidap penyakit Alzheimer.
92-year-old woman climbs 2-meter-high gate to escape nursing home in China. pic.twitter.com/RhmbdNavLj
— Creepy.org (@creepydotorg) July 16, 2024
Tambahnya lagi, wanita yang berketinggian 1.60 meter itu dijumpai dalam keadaan selamat dan tidak cedera oleh kakitangan rumah jagaan setelah mencarinya selama 25 minit.
Berikutan kes tersebut, pihak rumah jagaan meningkatkan kawalan dan seliaan rumah tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
Pengarah rumah jagaan itu juga berkata, wanita itu pernah bercucuk tanam di kawasan pergunungan ketika masih muda dan mempunyai kekuatan mendaki tempat tinggi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram