[VIDEO] Tak sedap hati, budak perempuan sesaat selisih ajal dihempap kontena depan rumah


  • Benua
  • Selasa, 09 Apr 2024

Keadaan rumah mangsa selepas dihempap oleh kontena terbabit di Wigan, Lancashire pada Selasa. — Agensi

SEORANG kanak-kanak perempuan yang sedang bermain di halaman rumah di Wigan, Lancashire, England hampir dihempap oleh sebuah kontena apabila sebuah kren di depan rumah mereka runtuh pada Selasa.

Menurut laporan, kanak-kanak itu meninggalkan basikal roda tiganya apabila dipanggil masuk oleh ibunya, dan tidak lama kemudian, kren itu runtuh sebelum kontena tersebut menghentam rumah mangsa.

Mangsa dan ahli keluarga dilaporkan selamat, namun ketika ini mereka ditempatkan di wad kecemasan.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas 26 jam terperangkap, lelaki mati tersepit di laluan sempit dibiar bersemadi dalam gua

BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa tragedi letupan pelabuhan Beirut masih menunggu keadilan lepas hampir 4 tahun

Pada masa ini, punca kejadian tidak dapat disahkan.

Bagaimanapun, pada hari Sabtu, sebahagian kawasan United Kingdom (UK) mengalami amaran mengenai angin kencang dari Ribut Kathleen, yang mungkin antara faktor kepada kemalangan tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram