Puting merekah, bengkak susu antara 5 cabaran buat 'new mom'


  • Sihat
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Lay Lee (kiri) menunjukkan cara meletakkan bayinya dengan betul bagi tujuan menyusu. — ART CHEN/The Star

PENYUSUAN susu ibu dianggap sebagai tindakan semula jadi, tetapi sering kali golongan ini menghadapi cabaran semasa proses berkenaan.

Bagaimanapun, perkara itu tidak selalu berlaku.

Jururawat laktasi dari Pusat Perubatan Subang Jaya, Lim Lay Lee berkata, ibu yang berpengalaman atau baru kali pertama menyusu mungkin perlu mengingati semula teknik penyusuan yang betul apabila menimang cahaya mata.

BACA LAGI: Awasi 'screen time', kedekut dan tenang antara 7 cara kawal anak ketagihan gajet ketika musim perayaan

BACA LAGI: Lantik imam solat sunat atau jamak? Hukumnya masih sah menurut mufti tapi ada caranya

1248925

Penyusuan susu ibu dianggap sebagai tindakan semula jadi, tetapi sering kali ibu menghadapi cabaran semasa proses berkenaan. — mStar

Ia juga bukan perkara biasa bagi ibu yang kali pertama untuk terlupa apa yang mereka pelajari di hospital sebaik pulang dan berada di rumah sendiri.

Berikut adalah beberapa cabaran biasa yang dihadapi oleh para ibu sama ada yang berpengalaman atau yang baru kali pertama menyusukan bayi:

1. Memposisikan bayi

Ibu sering menghadapi kesukaran semasa mengendong bayi untuk meletakkannya pada payudara dalam posisi yang betul.

Kesilapan ketika berbuat demikian boleh menyebabkan bayi tidak dapat melekap dengan baik pada puting ibu.

Hal ini menyebabkan puting merekah dan sakit jika berlaku dalam satu tempoh tertentu.

2. Nasihat tidak diminta

Ketika menyusukan bayi, ahli keluarga sering memberi nasihat yang menambah tekanan kepada ibu.

Mereka mungkin bimbang tentang teknik penyusuan yang diberikan kepada bayi.

Selain itu, mereka juga mungkin memberi kritikan terhadap jumlah susu yang dihasilkan dan sering mencadangkan menambah susu formula atau air, walaupun susu ibu adalah pilihan terbaik.

3. Pembengkakan payudara

Setelah bersalin, ibu mungkin mengalami pembengkakan payudara yang menyakitkan.

Mengosongkan payudara dengan baik menggunakan pam susu jika perlu akan dapat membantu mengurangkan kesakitan ini.

4. Risau kekurangan susu

Sesetengah ibu juga berasa bimbang bahawa andai pengeluaran susu tidak mencukupi.

Lay Lee menasihatkan bahawa dengan penyusuan kerap, susu akan masuk terhasil dengan sendirinya.

Jika perlu, pam susu turut boleh membantu merangsang pengeluaran selain mengejutkan bayi untuk menyusukan mereka apabila tiba waktunya.

"Beri perhatian kepada payudara anda kerana ia memberi signal apabila bayi perlu disusukan," kata Lay Lee.

5. Bentuk puting

Variasi bentuk puting seperti puting pendek, rata, atau terbalik boleh menyukarkan penyusuan.

Teknik atau peranti tertentu boleh membantu dalam masalah tersebut, sementara puting panjang atau besar memerlukan bayi melekap pada areola dengan betul.

Lay Lee juga menekankan bahawa sokongan daripada suami dan amalan yang konsisten dapat membantu ibu mengatasi cabaran penyusuan itu. — The Star/TAN SHIOW CHIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram