Awasi 'screen time', kedekut dan tenang antara 7 cara kawal anak ketagihan gajet ketika musim perayaan


  • Sihat
  • Isnin, 22 Apr 2024

Sikap ketagihan terhadap telefon pintar boleh menyebabkan kurangnya bergaul semasa hari perayaan.

HARI Raya Aidilfitri pastinya detik bermakna buat seluruh umat Islam untuk merapatkan lagi silaturahim di antara satu sama lain.

Ketika musim perayaan, seisi keluarga dan juga sanak saudara saling berkumpul untuk memeriahkan lagi keindahan Syawal.

Namun, rata-rata anak muda kini terdedah dengan ketagihan menggunakan telefon pintar sehingga kurang berkomunikasi antara satu sama lain.

Malah, ada di antara generasi muda yang hanya menumpukan perhatian kepada permainan telefon pintar berbanding bergaul bersama saudara-mara mereka.

Terdapat juga anak kecil yang terpengaruh untuk mengikuti saudara mereka meluangkan masa dengan screen time semasa berkunjung ke rumah mereka meskipun ibu bapanya sudah mengawal dengan sebaiknya ketika berada di rumah sendiri.

Perkara itu semestinya menimbulkan kebimbangan buat segelintir ibu bapa yang buntu akan cara yang terbaik untuk menangani hal sedemikian.

BACA LAGI: Ziana Zain masuk gim, berlari 'bina muscle' demi gegarkan pentas Mega Star Arena pada 25 Mei depan

WhatsApp Image 2024-04-21 at 10.22.24 PM

Generasi muda mudah terpengaruh dengan telefon pintar.

Mengulas mengenai isu itu, seorang pakar perubatan, Dr. Suriyakhatun menerusi laman Facebooknya, menerangkan tujuh perkara penting yang perlu dilakukan ibu bapa dan juga anak-anak ketika musim perayaan.

1. Mengawal diri

Tidak dinafikan bahawa ketagihan telefon pintar merupakan cabaran buat ibu bapa generasi muda.

Namun, anak-anak perlulah mengawal diri daripada mudah terpengaruh dengan anak muda yang lain.

"Umpama macam kita latih anak kita cakap elok-elok, tetapi bila anak keluar rumah mendengar pula orang lain mencarut.

"Anak-anak perlulah menghadapi perkara itu dengan mengawal diri mereka daripada terikut perkara negatif," katanya.

2. Memberi pesanan dengan secepat mungkin

Ibu bapa boleh memberi pesanan kepada anak-anak supaya tidak menghabiskan masa dengan telefon pintar sepanjang waktu.

Masa yang tepat untuk menjelaskan perkara tersebut adalah sebelum mula mengunjungi rumah saudara-mara.

Dengan cara ini, tingkah laku anak-anak dapat dikawal dengan sebaik mungkin.

BACA LAGI: 'Awak sangat cantik', CNBLUE buat gadis Malaysia 'cair'

WhatsApp Image 2024-04-21 at 10.21.20 PM

Anak-anak yang terlalu kerap meluangkan waktu dengan peralatan telekomunikasi perlulah diberi perhatian oleh ibu bapa.

3. Beritahu anak kesan tengok gajet lama-lama

Umum mengetahui bahawa telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis cahaya biru yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah merosakkan mata.

Kekerapan anda bermain telefon bimbit juga akan menjejaskan kualiti waktu tidur.

Tidur yang terganggu akan menyebabkan timbulnya pelbagai kesan seperti masalah fizikal mahupun emosi.

Apabila anak-anak mengikuti saudara-mara mereka bermain telefon bimbit, ibu bapa boleh memanggil anak mereka secara berselang selama 30 minit untuk merehatkan otak.

"Selang 30 minit apabila anak ikut sepupu mereka tengok gajet itu, panggil anak dan suruh mereka cuci muka sekejap.

"Inilah cara untuk beri anak kita screen break, ingatkan setiap 30 minit untuk jaga mata dan otak," katanya.

Dengan bertindak sebegini, Dr. Suriyakhatun berkata, ibu bapa saudara-mara yang lain juga akan terfikir dan mula peka tentang kesan buruk menghadap telefon pintar dengan kerap.

WhatsApp Image 2024-04-21 at 10.34.00 PM

Cara lukisan juga boleh digunakan ibu bapa untuk mengubah tingkah laku anak-anak.

4. Menggunakan cara dengan melukis

"Kalau anak kita macam susah nak ambil port bila kita beritahu secara verbal boleh guna cara melukis.

"Lukis orang lidi pun tidak apa," katanya.

Lukisan yang diukir juga boleh ditampal di beg atau cermin yang akan dibawa ketika beraya.

"Budak menghadap gajet ini kadang lupa cara membaca, jadi kita boleh cuba guna cara melukis pula," katanya.

WhatsApp Image 2024-04-21 at 10.36.18 PM

Permainan dam boleh diajar kepada anak-anak bagi mengelak mereka terikat dengan telefon pintar.

5. Bawa permainan berbentuk fizikal

Banyak permainan tradisional yang kerap dimain generasi lama sebelum wujudnya telefon pintar seperti sahibba, saidina, kad uno dan juga dam.

Dengan ini, anak-anak akan mulai bergaul dengan saudara-mara mereka tanpa hanya terikat dengan permainan dalam telefon.

6. Tidak membiasakan anak-anak dengan telefon pintar

"Beritahu semua orang dalam group WhatsApp, minta tolong jangan bagi gajet pada anak kita awal-awal.

"Dia minta macam mana sekali pun, tolong jangan bagi," katanya.

Walaubagaimanapun, ibu bapa yang membuat permintaan itu kepada saudara-mara mereka perlulah menjelaskan dengan cara yang baik supaya mengelak hubungan kekeluargaan menjadi renggan.

"Letaklah simbol senyuman waktu beritahu arahan sebegitu, jadi orang akan faham," katanya.

7. Bertenang

Setiap pasangan perlulah bekerjasama untuk mengatasi ketagihan telefon pintar dalam kalangan anak muda.

Walaubagaimanapun, sikap tenang penting bagi mengelak berlakunya pergaduhan ketika musim perayaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram