
PENYANYI rap terkenal Amerika Syarikat, Nelly ditahan pihak peronda pukul 4.45 pagi Rabu kerana disyaki miliki barang terlarang di sebuah kasino kawasan St. Louis, Amerika Syarikat.
Seorang peronda polis melaporkan bahawa mereka menjumpai dadah jenis syabu pada penyanyi berkenaan.
Selain itu, Nelly juga ditahan kerana memiliki waran tertunggak atas pertuduhan sebelumnya iaitu gagal mengemukakan bukti insurans kereta.
BACA LAGI: 'Doktor pun manusia biasa perlukan rehat,' keputusan kembalikan cuti bersalin 90 hari disambut baik
BACA LAGI: Kajian dapati mood terganggu sehari suntuk jika tidak bersarapan
Nelly ditahan atas kesalahan miliki dadah.
Wakil Nelly menyatakan bahawa peguamnya akan mengeluarkan kenyataan berhubung penahanan itu dalam waktu terdekat, namun tiada sebarang maklumat diberikan.
Pihak polis Maryland Heights juga belum memberi sebarang respons berhubung isu itu.
Untuk rekod, Nelly atau nama sebenarnya Cornell Haynes II telah dibesarkan di kawasan St. Louis.
Perjalanan muzik Nelly bermula pada 1993 apabila dia menjadi ahli kumpulan rap St. Lunatics yang berpangkalan di St. Louis Louis, Missouri.
Bakatnya yang menonjol membolehkannya menandatangani kontrak dengan Universal Records pada 1999.
Album solo sulung Nelly, Country Grammar yang dikeluarkan pada 2000 mendapat sambutan hangat di carta dengan single hit berjudul Ride wit Me dan Country Grammar (Hot in Herre).
Album itu terjual dengan lebih daripada 10 juta pendengar di Amerika Syarikat sehingga dia dikurniakan sebagai pemenang bagi Anugerah Grammy untuk Album Rap Terbaik pada 2003.
Di luar industri muzik, Nelly juga muncul dalam beberapa filem dan siri televisyen, termasuk filem sukan The Longest Yard dan siri realiti BET yang menampilkan keluarganya.
Artis itu mengumumkan pada bulan April dia bertunang dengan penyanyi dan pelakon, Ashanti dengan mendedahkan bahawa pasanggan itu sedang hamil. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram