Lagu Taylor Swift buat rakyat negara jiran gembira, Jay Chou sebaliknya


  • Hiburan
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Muzik Taylor Swift (kiri) berkemungkinan besar membuatkan peminat berasa gembira, manakala muzik Jay Chou membuatkan mereka berasa paling sedih. — AFP

BINTANG pop Amerika Syarikat (AS) Taylor Swift, mendahului senarai artis yang membuat rakyat Singapura gembira, manakala bintang Mandopop Jay Chou, memimpin senarai artis yang membuat pendengar negara itu berasa sedih.

Menurut tinjauan dalam talian oleh Preply, platform pembelajaran bahasa dalam talian yang berpangkalan di AS yang menghubungkan tutor dengan pelajar mendapati, artis berkemungkinan besar akan membuatkan mereka merasakan emosi tertentu.

Tinjauan tersebut melibatkan 1,502 warga Singapura dan mendapati 23.6 peratus responden merasakan muzik Swift membuat mereka gembira, diikuti Maroon 5, Blackpink, Chou, dan JJ Lin.

BACA LAGI: 'Dia yang menyatukan dan memisahkan', rakan artis titip pesan buat rumah tangga Nora-Nedim

BACA LAGI: Ingatkan peminat supaya hati-hati guna 'volume' muzik kuat, penyanyi lagu terkenal San Sanana tergamam tiba-tiba hilang pendengaran

Taylor Swift’s new album is smashing records. — Ashok Kumar/TAS24/Getty Images for TAS Rights Management

Swift juga merupakan artis teratas dalam kalangan pengguna Spotify di seluruh dunia. — Gambar/Ashok Kumar

Sebaliknya, 19.5 peratus responden mengatakan muzik Chou membuat mereka sedih, diikuti Swift, Lin, Eric Chou, dan Adele.

Berdasarkan kajian itu, bagi emosi marah pula mendapati Linkin Park mendahului senarai dengan 14.1 peratus, diikuti Eminem, Metallica, Swift, dan Kanye West.

Swift juga mendahului senarai artis yang muziknya menimbulkan perasaan cinta mencatatkan peratusan sebanyak 25.9 peratus, diikuti Ed Sheeran, Bruno Mars, Chou, dan Lin.

Swift, yang kini merupakan bintang pop terbesar di dunia, menarik lebih 300,000 peminat semasa enam pertunjukannya di Stadium Nasional Singapura pada Mac.

Dia juga merupakan artis yang paling banyak distrim di Spotify tempatan dan global pada 2023, dengan album Midnights menduduki tempat pertama dalam senarai album teratas.

Manakala lagu Lover (2019) berada pada tangga ketiga dan 1989 (2014) di tangga ke lima.

Swift juga merupakan artis teratas dalam kalangan pengguna Spotify di seluruh dunia.

Berdasarkan Apple Music, Swift, yang diiktiraf sebagai Artis Terbaik 2023, lebih banyak didengar berbanding artis lain, dengan dua lagunya iaitu Anti-Hero dan Cruel Summer, masuk 10 lagu teratas yang distrim di Singapura.

Sementara itu, Chou adalah artis ketiga paling banyak distrim di Spotify tempatan, bakal membuat persembahan di Stadium Nasional dari 11 hingga 13 Oktober sebagai sebahagian daripada Jelajah Dunia Karnivalnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram