SIAPA sahaja tidak mahu merebut ganjaran solat berjemaah kerana pahalanya yang lebih banyak jika dibandingkan dengan solat secara bersendirian.
Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi SAW yang sangat mengambil berat akan solat berjemaah yang dilakukan di masjid.
Antaranya seperti yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah:
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِى الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
Maksudnya: “Sesiapa yang pergi dan balik dari masjid, maka ALLAH akan menyediakan baginya tempat di syurga setiap kali dia pergi dan balik.”
Dalam riwayat lain pula menyatakan :
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا
Maksudnya: “Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian.”
Orang ramai menunaikan solat berjemaah di masjid.
Disebabkan itu, pastinya ramai golongan lelaki yang memutuskan untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah di masjid atau surau.
Namun, segelintir orang berasa keliru sama ada jemaah yang berada di sesuatu masjid sedang menunaikan solat sunat, solat jamak ataupun solat fardu.
Ini mengundang persoalan yang bermain di pemikiran seseorang mengenai hukum solat yang dilakukan jika tersilap mengikut jemaah yang sedang menunaikan solat sunat.
Bercakap soal itu, Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron menjelaskan hukumnya adalah dibolehkan dan sah bagi seseorang yang solat fardu berimamkan dengan orang yang bersolat sunat.
Memetik kata-kata daripada Imam Abu Hussain As-Syafie:
يجوز للمفترض أن يأتم بالمتنفل، مثل: أن يصلي العشاء خلف من يصلي التراويح، فإذا سلم الإمام قام المأموم، فأتم صلاته.
ويجوز للمتنفل أن يأتم بالمفترض، كمن نوى أربع ركعات تطوعًا خلف من يصلي العشاء، ويجوز للمفترض أن يأتم بالمفترض في صلاة أخرى، كمن يصلي الظهر خلف من يصلي العصر، هذا مذهبنا، وبه قال عطاء، وطاوس، والأوزاعي، وأحمد، وإسحاق
Maksudnya : “Sah bagi orang yang solat fardu mengikut imam yang solat sunat contohnya seperti seorang yang solat Isyak di belakang imam yang solat tarawih maka apabila imam memberi salam hendaklah makmum berdiri dan sempurnakan solatnya itu."
BACA LAGI: Tempuh detik getir kehilangan abang, Kim Foong tetap semangat lawan kanser payudara sampai sembuh
Solat berjemaah adalah lebih baik daripada solat bersendirian.
Mohamad Sabri turut berkata, seseorang itu boleh melafazkan niat solat secara makmum seperti biasa.
Sebagai contoh, jika dia menunaikan solat Isyak secara berjemaah lafaz sahaja seperti:
اُصَلّى فَرْضَ الْعِشَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak empat rakaat sebagai makmum tunai kerana ALLAH SWT.
Walaubagaimanapun, Mohamad Sabri menegaskan, selepas selesai imam menghabiskan solat sunat secara dua rakaat itu, maka makmum perlulah bangun semula untuk menambah bilangan rakaat solat.
"Imam dah habis solat dua rakaat itu, makmum pun boleh bangun dan sambung dua rakaat lagi bagi sempurnakan solat fardunya," katanya kepada Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram