TERLIHAT sepi dalam industri muzik, penyanyi lagu runut popular India, Alka Yagnik tampil mendedahkan bahawa dia telah hilang pendengaran secara tiba-tiba sejak minggu lepas.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Alka Yagnik mengumpul keberaniannya sebelum mendedahkan perkara yang mengejutkan peminat seluruh negara itu.
"Beberapa minggu yang lalu semasa saya keluar dari penerbangan, tiba-tiba saya rasa tidak dapat dengar apa-apa.
BACA LAGI: 'Pilih yang tak retak', telur boleh menjadi bahaya jika tak dikendalikan dengan sempurna
"Saya didiagnosis oleh doktor bahawa saya sudah hilang deria pendengaran akibat masalah saraf sensosineural yang berpunca daripada serangan virus di bahagian telinga," katanya.
Alka juga memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membiasakan diri dengan penggunaan muzik yang terlalu kuat selain penggunaan headphone kerana perkara itu mampu mengundang masalah pendengaran.
"Untuk peminat dan rakan sekerja saya yang masih muda, saya ingatkan supaya tidak terlalu terdedah dengan penggunaan muzik yang kuat dan headphone.
"Suatu hari, saya ingin berkongsi bahaya dari sudut kesihatan dalam kerjaya profesional saya," katanya.
Penyanyi berumur 58 tahun itu juga menjelaskan bahawa dia akan berehat dari kehidupan profesionalnya untuk seketika bagi memberi tumpuan kepada kesihatan.
"Dengan sokongan dan kasih sayang anda, saya dalam tempoh untuk menyesuaikan diri dengan keadaan asing ini.
"Saya berharap dapat kembali pulih tidak lama lagi," katanya.
Penyanyi lagu runut popular dalam industri perfileman Bollywood itu sebelum ini terkenal dengan lagu seperti Taal Se Taal Mila (Taal), San Sanana (Asoka) dan Chori Chori Chupke Chupke. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram