'Dia yang menyatukan dan memisahkan', rakan artis titip pesan buat rumah tangga Nora-Nedim


  • Hiburan
  • Khamis, 20 Jun 2024

Nora Danish dan Nedim sah bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Rabu. 

TIADA pasangan mahukan rumah tangga yang dibina atas dasar kasih sayang dan cinta berakhir dengan perceraian.

Namun, kita juga perlu menerima hakikat bahawa urusan jodoh adalah di tangan Tuhan.

Itulah kata-kata yang boleh diucapkan selepas pasangan, Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Rabu.

BACA LAGI: 'Perpisahan lindungi daripada perkahwinan tak sihat', Fasha Sandha pesan ada pelangi lepas hujan buat Bella Astillah

BACA LAGI: Ingatkan peminat supaya hati-hati guna 'volume' muzik kuat, penyanyi lagu terkenal San Sanana tergamam tiba-tiba hilang pendengaran

Walau jodoh tidak panjang, namun hubungan Nedim dan Nora tetap baik.

Nora dan Nedim bercerai secara baik di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tidak mampu mengucapkan kata-kata panjang, Nedim Nazri menerusi hantaran di Instagram menulis sekeping ayat berbaur harapan terpendam.

"Tiada yang berubah cuma dia bukan milikku di dalam Islam.

"Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali milikku," katanya.

Perkara itu mendapat perhatian daripada ramai rakan artis yang turut memberi semangat untuk mereka berdoa agar terus kuat mengharung ujian kehidupan.

Antaranya, Shuib Sepahtu yang berharap mereka percaya dengan susunan hidup yang telah ditentukan oleh ALLAH.

"Insya-ALLAH susunan Allah Maha Hebat. Yang baik-baik dan semoga dipermudahkan segala urusan, tulisnya.

Tidak hanya itu, suami kepada Betty Rahmat, Ardy Damis juga berharap agar mereka yakin dengan qada dan qadar dari Tuhan.

"Dia yang menyatukan, Dia yang memisahkan. Kalau ALLAH berkehendak, Dia juga yang berkuasa untuk menyatukan kembali. Insya-ALLAH," katanya.

Bekas wartawan penyiaran, Azrinaz Mazhar Hakim juga percaya mereka mampu mengatasi ujian yang diberi dengan cara yang matang.

"Bahagian yang paling menyakitkan dalam perkahwinan adalah apabila perceraian satu-satunya pilihan yang ada.

"Tetapi saya pasti anda berdua sudah cukup matang untuk menangani perkara ini dengan bijak.

"Sending a positive vibe and strength to you and Nora," tulisnya.

Tidak hanya itu, rakan artis yang lain juga berharap mereka dapat melalui ujian ini dengan kuat.

"ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk awak berdua. Tetap kuat abang," tulis Awal Ashaari.

"May ALLAH ease everything for you abang, tetap kuat. Doakan yang terbaik untuk anda berdua," kata Elvina Mohamad.

Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Enggan mendedahkan punca perpisahan, Nora dan Nedim memilih pengakhiran yang baik apabila tiada drama tuding menuding, buka aib atau persengketaan.

Pada Jun 2006, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram