PENGGUNAAN teknologi kini bukan sahaja berkembang dalam industri pembuatan, malah ia juga dimanfaatkan dalam bidang seni.
Sama seperti yang dilakukan pada penerbit majalah tempatan terkenal berjudul Gila-Gila yang mengambil langkah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) pada kulit hadapannya.
Tindakan itu sekali gus memberi pelbagai reaksi dan kritikan daripada orang ramai khusunya penggemar majalah tersebut.
BACA LAGI: Polis jumpa kad sim suspek kes bunuh Nur Farah Kartini
BACA LAGI: AirAsia menaik taraf operasi tangani isu gangguan IT, proses secara manual
Ilustrasi asal majalah Gila-Gila yang menambat hati rakyat Malaysia. — Facebook
Menurut seorang pengguna akaun Facebook Iqram Akmal yang juga peminat tegar majalah itu, penggunaan AI seolah-olah sudah menjatuhkan martabat karya seni tersebut.
"Majalah ini merupakan komik yang terkenal di Malaysia sejak sekian lamanya. Tetapi ia mula menerima imej yang dijana AI dengan menampilkan AI techbros atau prompters di dalamnya," tulisnya.
Ia turut disokong oleh beberapa pembaca tegar lain yang menganggap bahawa pihak penerbitan majalah itu sedaya upaya mahu kekal relevan dengan sistem terkini.
"Ramai peminat menghormatinya sebagai majalah paling lama di Malaysia, tetapi sekarang telah terjebak dalam perkara yang sangat buruk.
"Dia (penulis) juga menggalakkan artis lain untuk menggunakan AI sebagai teknologi baharu. Dia hanya 'Fear of Missing Out' (FOMO) sebenarnya," komen Adib Mazlee.
FOMO adalah perasaan atau rasa bimbang kerana menganggap diri ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding orang lain.
Jaafar Taib merupakan pengasas dan kartunis majalah Gila-Gila. — Agensi
Susulan kritikan tersebut, kartunis majalah Gila-Gila, Jaafar Taib tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh pembaca naskhah tersebut.
"Saya sebagai pengasas dan penerbit majalah Gila-Gila, dengan rasa penuh sesal ingin memohon maaf yang sebesar-besarnya atas penggunaan karya seni yang dihasilkan oleh AI.
"Saya ingin tegaskan, penggunaan karya AI tersebut bukanlah bertujuan untuk merendah-rendahkan bakat dan hasil kerja keras para pelukis kita.
"Namun, saya faham, niat yang baik tidak semestinya menghasilkan keputusan yang baik. Kesilapan ini telah membuka mata saya tentang betapa pentingnya kita menghargai dan melindungi karya seni yang dihasilkan oleh tangan-tangan kreatif anak bangsa," katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau juga mengambil kesempatan itu untuk sentiasa memperbaiki karyanya demi kebaikan dan kesejahteraan bersama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram