SUKAN pantai mempunyai peminat yang tinggi dan pastinya ia juga akan menjadi daya tarikan pelancong untuk menikmati pantai di Malaysia.
Bagi merealisasikan matlamat ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Exco Sukan dan Rekreasi Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) telah menganjurkan Ultimate Frisbee Open yang berlangsung di Pantai Bagan Serai, Sepang bertemakan komik Lawak Kampus Program berlangsung pada 21 April lalu dengan melibatkan seramai 216 peserta dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi.
Ultimate Frisbee Open bertujuan mewujudkan perlawanan yang sihat dalam sukan frisbee di samping memperluas jaringan sosial dan kerjasama dalam kalangan peserta.
BACA LAGI: Hargai sumbangan legenda, Terengganu, NSFC, KL City boleh ikut langkah Kedah
BACA LAGI: 'Legenda sebenar', CEO angkat status bintang veteran Negeri Sembilan FC lepas umum bersara
Program Ultimate Frisbee Open ini juga melibatkan kolaborasi dari beberapa pasukan termasuk Majlis Perbandaran Sepang, Red Scorpion UPSI, Persatuan Piring Terbang Kuala Lumpur, Malaysia Flying Disc Association, Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kadokawa Gempak Starz.
Pengetua KHAR, Dr Che Anuar Che Abdullah berkata, penglibatan mahasiswa IPT menggambarkan bahawa sukan pantai mempunyai tarikan yang besar dan mampu menjadi peneraju keberhasilan sukan negara.
“Saya yakin inisiatif tidak hanya memberi kesan terhadap pembangunan sukan pantai, tetapi ia juga mampu meningkatkan ekonomi dengan menarik lebih ramai pelancong untuk menikmati pantai-pantai kita," katanya.
Menurutnya lagi, penganjuran ini membuktikan bahawa UPSI sentiasa komited dalam menerajui pembaharuan yang dilakukan bersama mahasiswa untuk meningkatkan ekosistem perpaduan melalui program pendidikan, sukan dan ekonomi.
Dalam kejohanan ini, pasukan HaPeace Ultimate dan Guerilla Ultimate unggul menjuarai carta liga di kumpulan masing-masing.
Pasukan kebangsaan Malaysia juga tidak melepas peluang menyertai IPT Ultimate Frisbee Open sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Frisbee Dunia yang akan diadakan di Jepun pada Jun nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram