LEBIH 10 tahun lalu, negara dikejutkan mengenai berita pembunuhan kejam remaja berusia 15 tahun yang mayatnya ditemui di dalam sebuah beg pakaian di Shah Alam, Selangor.
Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin, 21 Oktober 2013 itu, mangsa, Ng Yuk Tim dilaporkan datang ke rumah suspek di Petaling Jaya, Selangor untuk menyediakan pakaian bagi hadir ke sebuah acara cosplay atau pakaian costum.
Bagaimanapun, gadis itu kemudiannya hilang dan tidak pulang ke rumah dengan mayatnya kemudiannya ditemui disumbat ke dalam sebuah beg pakaian sehari kemudiannya.
Wai Hong mengaku cuba merogol gadis itu sebelum memukulnya dengan dumbel, yang menyebabkan mangsa terus maut di tempat kejadian.
Lebih mengejutkan, The Star pada 24 Oktober 2013 melaporkan bahawa lelaki terbabit yang ketika itu berusia 23 tahun langsung tidak menunjukkan rasa kesal ketika membawa pihak polis ke lokasi mayat mangsa.
“Sudah terlambat untuk saya menyesal,” kata pemuda itu kepada media ketika dia dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan reman.
Ditanya oleh wartawan mengapa dia membunuhnya, lelaki berkenaan yang namanya kemudian didedahkan sebagai Poon Wai Hong menjawab dengan acuh tak acuh: "Saya tidak tahu."
Sebelum itu, dia diserahkan kepada polis oleh anggota sukarelawan keselamatan selepas menyedari kesan gigitan di tangannya.
Polis membawa beg pakaian yang digunakan suspek bagi meletakkan mayat Yuk Tim selepas bertindak membunuh mangsa.
Yuk Tim bertolak dari rumah keluarganya pada pukul 11 pagi Isnin dan pergi ke rumah suspek di Petaling Jaya untuk menyediakan pakaian bagi acara cosplay yang menyaksikan peserta perlu berpakaian seperti watak komik Jepun.
Kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain di Facebook selama lima tahun melalui minat yang sama dalam budaya pakaian kostum berkenaan.
Menurut laporan The Star, suspek pada mulanya mendakwa dia menurunkan gadis itu di stesen LRT pada petang Isnin, sebelum kemudianya mengaku melakukan pembunuhan itu selepas disiasat polis.
Dia mengaku cuba merogol gadis itu sebelum memukulnya dengan dumbel, yang menyebabkan mangsa terus maut di tempat kejadian.
Ibu Yuk Tim, Sim Yee Ling, 35, turut membuat hantaran memilukan di Facebook anak perempuannya selepas gadis itu hilang lebih 24 jam.
"Anda boleh mengambil apa sahaja daripada saya tetapi tinggalkan saya, keluarga saya dan bayi saya (sendirian)," tulisnya.
Selepas dia membuat laporan polis, suspek turut membuat hantaran di Facebooknya mengenai Yuk Tim.
"Semua orang tolong cari dia. Ibunya sedang mencarinya. Dia datang ke rumah saya untuk membantu saya membuat topi keledar cosplay.
Memandangkan saya terpaksa bertolak ke tempat kerja, saya menghantarnya ke stesen LRT," tulisnya.
Mangsa, Ng Yuk Tim.
Pada malam Selasa, 22 Oktober 2014, suspek kemudiannya membawa pihak polis ke lokasi penemuan mayat, dipercayai milik gadis itu, yang berada di dalam beg pakaian di Shah Alam, Selangor.
Pada 12 September 2019, Wai Hong dijatuhi hukuman penjara 22 tahun selepas disahkan bersalah di bawah Seksyen Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
Dalam keputusan itu, lelaki terbabit terlepas hukuman gantung selepas mahkamah sebulat suara membenarkan rayuannya untuk pertuduhan kerana membunuh digantikan dengan pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram