Anak Terengganu tonjol bakat 'conteng' badan kereta, hasilkan lukisan helmet edisi terhad


Zameer Pentbrush menghasilkan lukisan luar biasa pada pelbagai jenis kenderaan.

"SEKADAR konten, tak boleh buat apa pun," demikian antara kata-kata kecaman yang diterima oleh seorang lelaki yang menggunakan bakatnya dalam bidang seni bagi menghasilkan lukisan pada kenderaan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan, Mohd Rozamil Mohd Yatin atau lebih popular dengan nama panggilan Zameer Pentbrush tidak pernah patah semangat sehingga hasil kerjanya dikenali dalam dan luar negara.

"Saya pekakkan saja telinga apabila ada kata-kata negatif sebegitu," katanya kepada Majoriti sebagai respons kepada kritikan yang pernah dilontarkan kepadanya.

BACA LAGI: Terpaksa tutup 2 kedai tapi tetap bantu orang susah, Metzshack bangkit pikat perut peminat burger

BACA LAGI: 'Kita Pakai Balik' hasil cetusan kreatif pelajar UiTM Shah Alam

WhatsApp Image 2024-06-28 at 11.26.43 AM (1)

Zameer Pentbrush mengukir menggunakan teknik boarderline.

Zameer Pentbrush beranggapan bahawa rekaan yang dilakar di badan kenderaan sudah terkenal di luar negara tetapi sayangnya karya itu tidak berapa dihargai di tanah air sendiri.

"Apabila orang luar yang buat, kita rasa menarik pula. Tetapi apabila orang tempatan yang buat kita cakap dia rosakkan kereta, ejek hodoh dan sebagainya," katanya.

Mengenai seni lukisan itu, Zameer Pentbrush berkata, teknik tersebut dikenali sebagai 'boarderline' dan sudah lama menjadi gah di luar negara.

"Saya hasilkan teknik itu supaya orang kita tahu yang dalam negara pun ada orang yang mahir hasilkan sendiri seni tersebut," katanya.

Meskipun sebilangan orang tidak menghargai bakat yang dimilikinya, Zameer Pentbrush juga memiliki banyak pengikut di media sosial yang gemar menonton hasil kerja.

WhatsApp Image 2024-06-28 at 1.54.07 PM (2)

Lukisan pada traktor yang dilakar oleh Zameer Pentbrush.

"Pelanggan saya dari Indonesia dan Vietnam pun ada. Mereka mesej saya secara personal di media sosial untuk bertanyakan mengenai barang yang digunakan dan cara saya mencipta hasil karya," katanya.

Tidak hanya itu, lelaki berasal Terengganu itu juga pernah menerima tawaran tinggi sehingga mencecah RM100,000 bagi menghasilkan karya tersebut pada sebuah helmet.

"Helmet itu untuk kegunaan peribadi pelanggan. Dia sanggup datang jauh-jauh dari Selangor ke Terengganu untuk mendapatkan khidmat saya," katanya.

WhatsApp Image 2024-06-28 at 11.26.40 AM (5)

Ukiran teknik 'boardline' yang dihasilkan oleh Zameer Pentbrush.

Malah, coretan lukisannya juga menjadi inspirasi kepada ramai individu yang berminat untuk mencuba bagi menghasilkan sendiri pada kenderaan masing-masing.

"Ada yang minta buka kelas untuk ajar. Bagi saya, lukisan sebegini sesiapa boleh cuba.

"Dalam bidang seni ini, wang (jatuh) nombor dua kerana peralatan tidak begitu mahal. Pentbrush yang digunakan boleh dibeli di kedai dalam talian. Cumanya, karya ini kena lahirkan daripada jiwa seseorang. Itu yang utama." katanya.

WhatsApp Image 2024-06-28 at 11.26.43 AM

Tempahan lukisan kartun Hello Kitty pada badan motosikal pelanggan yang diterima Zameer Pentbrush.

Kini, pelbagai jenis kenderaan seperti kereta, motosikal, bot, karavan dan traktor menjadi medium dia menterjemahkan kreativiti sehingga karyanya menonjol di media sosial.

Antara kereta menarik yang menjadi kanvas dia berkarya adalah daripada jenis Nissan Fairlady Z, Honda Type R, McLaren dan Toyota Alphard.

"Kalau ikutkan sejak 2005 berjinak-jinak dalam bidang ini, kira-kira 200 buah motosikal dan 100 buah kereta sudah mendapat sentuhan lukisan saya," katanya.

WhatsApp Image 2024-06-28 at 12.25.19 PM (3)

Zameer Pentbrush berkolaborasi dengan sebuah kilang helmet untuk menghasilkan lukisan edisi terhad.

Seni bertaraf premium yang diukir menggunakan jari-jemari halusnya juga menyebabkan dia dilamar sebuah kilang untuk berkolaborasi bagi mengeluarkan helmet edisi terhad.

"Lukisan yang saya hasilkan antaranya bertemakan KYT Frontliner, KYT Merdeka, NHK Y15, Malaysia X Palestin, MHR Semboyan, ARC ESR saya buat untuk keluaran khas dalam pasaran di Malaysia," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram