Bantu pelajar atasi stres melalui lukisan, karya seni mural QuickBites terima pengiktirafan MBOR


Sebanyak enam buah sekolah menerima hadiah pada majlis Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal'.

GARDENIA QuickBites berjaya mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records untuk 'Most Wall Murals In a Branding Campaign'.

Sebanyak enam sekolah menerima Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ selepas berjaya menghasilkan karya mural paling kreatif.

Pemenang hadiah utama dinobatkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24 (2) Shah Alam, Selangor dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

BACA LAGI: [VIDEO] Terpaksa berhenti sekolah demi sara famili, lelaki tidak malu jadi pemungut sampah di usia muda

BACA LAGI: Terkedu 400 ayam mati akibat penyakit sampar, anak jati Banting tetap bangkit usahakan ternakan

WhatsApp Image 2024-06-13 at 9.06.27 PM

SMK Seksyen 24 (2) Shah Alam membawa pulang RM5,000 selepas memenangi hadiah utama.

Selain itu, pemenang tempat pertama diperoleh oleh SMK Bukit Kepayang, Negeri Sembilan dengan membawa wang tunai berjumlah RM3,000 berserta sijil penghargaan.

Tempat kedua pula dimenangi oleh SMK Seremban 2, Negeri Sembilan dengan wang tunai sebanyak RM 2,000 berserta sijil penghargaan.

Manakala, tempat ketiga yang berjaya membawa pula RM1,000 pula diperoleh oleh SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur.

Hadiah saguhati pula diberikan kepada SMK Bandar Puncak Jalil, Selangor dan juga SMJK Ave Maria Convent, Perak.

Kemenangan itu diumumkan dalam Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 Minda Sihat, Cergas Fizikal yang berlangsung di Hotel Renaissance pada Khamis petang.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Azman Mashuri, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Lavinia Anthony.

DSC04288

Lavinia Anthony pada majlis pengiktirafan The Malaysia Book of Records untuk 'Most Wall Murals In a Branding Campaign'.

Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. B, Lavinia Anthony berkata, program tersebut dilaksanakan untuk membantu pelajar melepaskan stres dengan cara melukis mural.

"Saya rasa bangga dan akan terus bekerja keras untuk pastikan banyak lagi pencapaian seperti ini dapat diperoleh pada masa akan datang," katanya.

Melalui program berkenaan, QuickBites berharap agar dapat meningkatkan kesedaran di kalangan murid sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dalam kehidupan seharian mereka.

"Kami harap program sebegini dapat menzahirkan rasa ceria dan membina kenangan yang menyeronokkan dalam diri murid dan guru," katanya.

Program Minda Sihat Cergas Fizikal Bersama QuickBites 2024 disertai kira-kira 130,000 orang murid dan guru daripada lebih 120 buah sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Terdapat 10 variasi QuickBites iaitu roti krim berperisa vanila, jagung, coklat, krim mentega gula, krim black forest, krim karamel masin, kacang hazel, pandan gula melaka, ban mentega toffee dan ban kacang merah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram