'Kita Pakai Balik' hasil cetusan kreatif pelajar UiTM Shah Alam


Kotak 'Kita Pakai Balik' yang disedia untuk membolehkan lebih ramai berpeluang menyumbang barangan terpakai. 

DALAM kemegahan dunia fesyen, ramai terlepas pandang mengenai isu sisa fabrik yang sering dibuang.

Menurut kajian Roadrunner Modern Waste Recycling, berjuta-juta tan tekstil dibuang setiap tahun di seluruh dunia.

Dianggarkan juga dalam 10 juta tan tekstil dibuang setiap tahun di Eropah dan Amerika Syarikat sementara di China saja melebihi 20 juta tan.

BACA LAGI: Himpun hingga 10,000 helai pakaian, Projek Baju Raya platform kumpul, agih baju baharu dan terpakai

BACA LAGI: Bermula lukis doodle, Puteri Nur Alya kreatif hasilkan mural 3D, raih pengiktirafan MBOR

photo1719057886

Ramai menderma barangan yang sudah tidak dipakai.

Mengambil pendekatan kreatif, pelajar semester 5, Ijazah Komunikasi dan Pengajian Media Periklanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) membina sebuah kotak yang dibuat khas untuk mengitar semula barangan terpakai.

Ketua projek itu, Maisarah Abdul Ghaffar berkata, kotak itu disediakan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) sejak 12 June hingga 15 July 2024 untuk membolehkan orang ramai menyumbang barang terpakai.

"Ada banyak masa lagi, jadi mana yang nak menyumbang boleh datang ke fakulti FKPM," katanya kepada Majoriti.

Maisarah berkata, barangan yang disumbang akan didermakan ke Kloth Circularity untuk kegunaan orang yang lebih memerlukan.

"Setakat ini banyak pakaian yang kami terima daripada ramai pelajar.

"Dalam 50 pakaian ada. Sumbangan yang diberikan boleh beri perubahan dalam kehidupan orang lain. Give your clothes a second life," katanya.

WhatsApp Image 2024-06-22 at 7.51.34 PM (1)

Booth menjual album lama buat peminat K-Pop.

Tidak hanya itu, mereka sekelas juga menganjurkan acara Kita Pakai Balik pada Sabtu untuk memberi peluang lebih ramai menghargai barangan terpakai.

"Ada yang sampai tak tidur malam. Dua hari berturut-turut kami fokus buat persediaan sebelum untuk hasilkan program ini," katanya.

Pelajar berusia 24 tahun itu berkata, program itu telah dirancang sejak 24 April lepas dengan bimbingan pensyarah mereka, Yang Mulia Raja Nadiah Raja Ahmad.

photo1719058047

Maisarah merupakan ketua projek Kita Pakai Balik.

Pelbagai gerai jualan barangan terpakai yang dibuka selain ceramah yang diberikan kepada orang ramai untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menghargai tekstil yang ada.

"Macam-macam barangan terpakai ada jual, tidak terhad kepada baju sahaja. Ada yang jual merchandise, totebag, gelang dan lain-lain," katanya.

Antara vendor yang turut serta menjual barangan terpakai adalah Thriftwithhusvtg, bundlecimok, Not A Fiction 1, Bilik Menunggu, Sipiso Vintage, ZackCowayBundle, One Less Plastik, Sunnysideheart, Nvel Beads, Etoile Gift Station, Kloth Circularity, Kitamy, Awam Apparel XL, Zeni Kraf, Cekupala Empire, Ali and His Mom dan Maria's Closet.

Maisarah berkata, program Kita Pakai Balik yang pertama kali dibuat itu menyasarkan lebih ramai individu untuk membeli dan menyumbang barangan terpakai.

"Kotak kitar semula pakaian pun kami ada sediakan. Memang banyak booth yang menarik," katanya.

Tidak hanya itu, mereka juga mengadakan bengkel untuk membolehkan ramai mencuba menukarkan pakaian lama menjadi sebuah beg tangan.

Dengan adanya program sebegini, lebih ramai orang menggunakan barangan yang sudah lama berbanding memilih untuk menyimpan di almari dalam tempoh yang lama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram