Bermula di kedai kopi, anak komuniti Bangi bangunkan jenama lokal Dosz Coffee


Adib Halim (kiri) dan Amir Faris (kanan) merupakan pengurus besar The A Food Sdn Bhd.

BERMULA dengan sering menikmati minuman kopi, empat kenalan yang mengenali satu sama lain menerusi komuniti setempat membina empayar tersendiri dengan membuka cawangan kedai kopi.

Empat individu yang dimaksudkan ialah Amir Faris Abdul Aziz, Adib Halim Muhammad Azmi, Mohd Noor Efendy Sarmin dan Mohd Fariq Khalid yang bergelar pengurus besar bagi The A Food Sdn Bhd iaitu pengendali rangkaian Dosz Coffee.

Menurut Amir Faris, mereka mula berkenalan menerusi rakan-rakan lain yang berada dalam komuniti Bangi.

BACA LAGI: Dosz Coffee buka cawangan ke-10 di Phileo Damansara, tawar kopi lokal pelbagai perisa menarik

BACA LAGI: Bantu pelajar atasi stres melalui lukisan, karya seni mural QuickBites terima pengiktirafan MBOR

381268476_290891300372755_2445962158668634212_n

Dosz Coffee menggunakan biji kopi berkualiti tinggi.

"Komuniti Bangi tidaklah besar mana jadi kami jumpa orang-orang yang berada dalam lingkungan umur lebih kurang sama," katanya.

Apabila sering meluangkan masa bersama di kedai kopi, muncullah idea untuk menubuhkan perniagaan kopi sendiri.

"Ada di antara kami yang sanggup berbelanja kira-kira RM3,000 sebulan untuk membeli kopi sahaja," katanya.

Amir Faris berkata, bagi rangkaian Dosz Coffee, mereka menggunakan biji kopi yang berkualiti tinggi bagi membolehkan bersaing dengan lebih jauh dengan jenama terkenal.

Selepas mampu membuka cawangan perniagaan kopi itu yang ke-10, mereka berharap agar jenama kopi tempatan itu mampu setanding dengan produk-produk kopi luar negara yang lain.

“Insya-ALLAH kami akan cuba menaikkan industri kopi di Malaysia ini, yang mana kita harapkan agar penduduk di negara ini mahu menikmati kelazatan kopi tersebut," katanya.

Buat masa sekarang, Amir Faris mendedahkan bahawa mereka mahu memfokuskan untuk mengembangkan perniagaan sehingga dapat menubuhkan 100 cawangan di seluruh negeri.

"Sekarang kami ada cawangan-cawangan di sekitar lembah Klang tetapi bercadang untuk menembusi pasaran di negeri-negeri lain," katanya.

Baru-baru ini, DOSZ Coffee melancarkan pembukaan outlet ke-10 di Menara CP, Pusat Perdagangan Phileo Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Setiap perniagaan pasti memiliki cabaran tersendiri, namun mereka berempat beranggapan bahawa kesukaran dalam menjalankan perniagaan adalah untuk memilih tempat yang strategik.

"Sebelum kami mahu buka cawangan, apa yang penting ialah akan nilai sama ada kawasan itu ada potensi untuk ramai yang beli ataupun tidak," katanya.

381767361_288637557264796_2734374162518953333_n

Dosz Coffee mahu menyaingi jenama kopi luar negara lain.

Menyasarkan lebih ramai pelanggan, mereka juga mahu membina aplikasi sendiri yang membolehkan pelanggan menikmati hidangan tanpa perlu bersusah payah datang ke kios.

"Kami dalam proses membangunkan aplikasi untuk bolehkan menghantar makanan tanpa perlu barangan tambahan.

"Apabila guna GrabFood atau FoodPanda kosnya akan jauh lebih mahal buat pembeli jika memesan makanan dari aplikasi itu.

"Jadi kami mahu aplikasi yang harga sama macam beli di kedai.

“Insya-ALLAH dengan apa yang diusahakan ketika ini dapat membantu menaikkan industri kopi lokal,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram