Daging baru sembelih sebenarnya tak elok terus dimasak, enzim aktif boleh jadi punca darah tinggi


  • Sihat
  • Isnin, 01 Jul 2024

Daging sembelihan tidak elok dimakan apabila masih segar.

APABILA bercakap soal daging sembelihan, umat Islam sering kali hanya menitikberatkan mengenai cara penyembelihan yang benar mengikut syarak.

Antaranya, penyembelihan perlu dilakukan dengan memotong urat leher, urat merih, saluran pernafasan dan saluran makanan haiwan secara serentak untuk memastikan kematian haiwan tersebut berlaku dengan cepat dan darah dapat mengalir keluar sepenuhnya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada segelintir penyembelih sering terlupa untuk meneliti daripada sudut kesihatan.

BACA LAGI: Kain di ampaian kena sihir waktu Maghrib? Ustazah Asmak kongsi cara elok sidai baju di malam hari

BACA LAGI: Pengamal 'childfree' bukan saja rugi di dunia malah akhirat — Pakar Agama

Banyak pakej korban di luar negara yang ditawarkan ketika ini. -Gambar hiasan

Daging sembelihan tidak elok dimakan apabila masih segar.

Apakah daging yang masih baru disembelih baik untuk dimakan?

Sering kali kita memakan daging sembelihan dalam tempoh awal kerana berpendapat daging tersebut masih segar.

Bagaimanapun, Master Buchers Malaysia, Cef Mustaffa Osman atau lebih dikenali dengan nama Pak Mus mendedahkan bahawa hal itu berpotensi mengundang penyakit darah tinggi.

"Orang kita percaya baru sembelih itulah daging segar, sebenarnya itulah (keadaan) daging yang paling buruk yang anda makan," katanya.

Berpengalaman luas sebagai penyembelih di luar negara, Pak Mus juga menceritakan bahawa negara luar seperti Eropah tidak membenarkan penduduknya untuk memakan daging yang baru disembelih.

"Kalau di Eropah, jika jual daging baru sembelih boleh kena tindakan kerana awak buat jenayah. Itu satu kesalahan," katanya menerusi YouTube Tanah Berdaulat.

Pak Mus turut memberi alasan kukuh yang menjadi punca daging baru disembelih tidak elok untuk dimakan.

"Segalanya dalam saluran haiwan masih aktif. Enzim dan darah (dalam keadaan) aktif, molekul belum pecah dan rigor mortis masih hidup.

"Sebab itu juga tempat kita paling tinggi penduduk yang ada darah tinggi," katanya.

Pak Mus turut memberikan pendapatnya selaku orang yang sudah lebih 40 tahun dalam penyembelihan haiwan.

"Kalau awak perhatikan, orang luar macam 'mat saleh' makan tiga kilogram tidak kena darah tinggi. Orang Arab makan seekor daging tiada apa.

"Ini kerana mereka simpan dahulu. Seeloknya daging sembelihan simpan dalam chiller minimum tujuh hari, baru masak," katanya.

Untuk rekod, Pak Mus berpengalaman luas dalam penyembelihan selama 11 tahun di United Kingdom dan pernah berkhidmat dengan keluarga Diraja di Istana Buckhingham, London, England.

Beliau kemudiannya pulang ke Malaysia dan membuka restoran sendiri di Restoran JAHHET Fine Meat, Taman Nirwana Ampang, Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram