Kain di ampaian kena sihir waktu Maghrib? Ustazah Asmak kongsi cara elok sidai baju di malam hari


  • Mukmin
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Ustazah Asmak beranggapan bahawa lebih baik jika menyidai pakaian di tempat tertutup apabila waktu Maghrib.

"JANGAN lupa angkat kain sebelum Maghrib," itulah pesanan yang sering diulang-ulang oleh ibu, nenek mahupun moyang kita dari generasi ke generasi.

Namun, dek kerana kesibukan bekerja ataupun menjalani kehidupan seharian, kadang-kala kita terlupa untuk mengangkat kain di jemuran sehingga berada di ampaian sehari suntuk.

Menerusi satu hantaran di Facebook, timbul kebimbangan dalam kalangan masyarakat apabila seorang pengguna yang tidak mendedahkan namanya mengeluarkan kenyataan bahawa jin atau iblis akan menyihir pakaian yang dibiarkan sehingga malam.

BACA LAGI: Pengamal 'childfree' bukan saja rugi di dunia malah akhirat — Pakar Agama

BACA LAGI: 'Bukan tempat buat jahat', ulama tegur perbuatan langkah 'kubur' demi konten, amalan buhul sihir

201801076-jemur-pakaian-di-dalam-rumah1_20180106_095851

Lebih baik jika menjemur kain di tempat tertutup pada waktu malam.

"Angkat pakaian di ampaian paling kurang 40 minit sebelum Maghrib kerana jin atau iblis akan sihir pakaian tersebut jika dibiarkan sehingga malam," tulisnya.

Bercakap soal itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Ulama Malaysia, Ustazah Asmak Husin berkata, ayat berkenaan bagaimanapun tidak disebut di dalam mana-mana hadis.

Jadi, Asmak berpendapat bahawa dari sudut hukum asal bahawa tiada masalah untuk kita menjemur kain pada waktu malam.

"Tiada masalah juga untuk angkat kain pada waktu malam," katanya.

Bagaimanapun, wujud hadis yang menyatakan bahawa tidak baik untuk seseorang berkeliaran di luar pada waktu maghrib.

Daripada sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Maksudnya: "Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar).

"Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada ALLAH, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.” [Sahih HR Bukhari & Muslim]

Kuntilanak

Tidak baik berada di luar pada waktu senja.

Tidak hanya itu, Asmak menjelaskan bahawa terdapat nasihat daripada orang yang terlibat dalam perubatan Islam supaya tidak membiarkan pakaian diletakkan secara terbuka selepas waktu Maghrib.

"Kerana mengikut kebiasaan, ia (pakaian) mudah disihir pada waktu itu," katanya.

Jadi, Asmak berkata, antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan menjemur pakaian di kawasan tertutup.

"Kadang-kadang faham kita kerja dah hanya ada waktu untuk mencuci serta menjemur pakaian pada waktu malam.

"Apa yang saya amalkan adalah menjemur kain ini tempat yang tertutup. Maknanya saya jemur pakaian dekat kawasan koridor saya di bawah bumbung yang tertutup dan dalam kawasan yang berpagar.

"Saya tidak menjemur pakaian di ampaian luar rumah yang terbuka," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram