Pengamal 'childfree' bukan saja rugi di dunia malah akhirat — Pakar Agama


  • Mukmin
  • Rabu, 26 Jun 2024

Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin beranggapan bahawa pengamal childfree akan mengalami kerugian di dunia dan juga akhirat. 

PASANGAN yang mendirikan rumahtangga atas dasar cinta pastinya mahukan zuriat sebagai penyambung keturunan mereka.

Bagaimanapun, seorang pengamal undang-undang Syariah, Syazwan Ahmad di laman Tiktok mendedahkan bahawa wujud segelintir masyarakat yang mengamalkan konsep childfree.

Lebih mengejutkan, ramai warganet turut mengakui mereka mengamalkan konsep berkenaan supaya memiliki kehidupan yang lebih bebas.

BACA LAGI: Tak mampu upah mengaji di kubur, sedekah doa ini moga-moga amalan anak soleh sampai kepada si mati

BACA LAGI: Pusara kena buhul sihir, tak salah upah orang pagar, 'tunggu kubur'

WhatsApp Image 2024-06-25 at 9.57.10 PM

Ada individu yang tidak mahukan anak untuk mesra berduaan sambil menonton netflix.

"Aku dengan suami aku pun childfree. Kami tak nak korbankan masa kami untuk rawat budak. Kami masih mahu tengok netflix, bangun lambat dan travel tanpa kekangan," tulis Ibu Ratu.

Bercakap soal itu, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin berkata, pengamal childfree akan mengalami kerugian di dunia dan juga akhirat.

"Tiada siapa lagi yang akan mengingati mereka dalam doa secara spesifik. Tiada siapa yang akan cakna kebajikan mereka di kala tidak sihat sehingga terbaring di atas katil," katanya.

WhatsApp Image 2024-06-25 at 10.01.55 PM

Anak-anak akan menjaga ibu bapa merekaa saat tua.

Dr Mohd Hapiz berkata, anak-anak pada awalnya memang terlihat sebagai bebanan tetapi pada akhirnya akan menjaga dan menyayangi orang tua mereka di saat orang lain sibuk dengan urusan masing-masing.

"Pasangan awalkan konsep childfree mungkin merasa bahagia pada awal kehidupan rumahtangga kerana tiada hiruk-pikuk dengan anak-anak.

"Namun pada hujung kehidupan, mereka pasti akan merasa menyesal apabila harta-harta kekayaan mereka nanti akan hilang kepada ahli waris lain yang bukan berbinkan nama mereka.

"Tiada siapa lagi yang akan mengingati mereka dalam doa secara spesifik. Tiada siapa yang akan cakna kebajikan mereka di kala tidak sihat terbaring di atas katil," katanya.

Dr Mohd Hapiz turut mengambil hadis yang menceritakan kelebihan memiliki anak.

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” [HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].

Selain itu, Dr Mohd Hapiz turut mengambil ayat yang disebut dalam al-Quran.

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa (Surah al-Furqan: 74)

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa hukum mengamalkan konsep childfree.

Antaranya, golongan yang terpengaruh dengan fahaman itu hingga menjadikannya sebagai gaya hidup, jelas bertentangan fitrah manusia dan tujuan utama perkahwinan disyariatkan.

"Jika pasangan bersetuju tidak memiliki anak tanpa sebarang sebab dibenarkan syarak seperti keinginan untuk bebas daripada sebarang tanggungjawab, maka perbuatan ini adalah makruh.

"Fahaman childfree bertentangan dengan tujuan utama perkahwinan jika pasangan mengambil keputusan untuk tidak memiliki anak kerana terpengaruh untuk bebas daripada tanggungjawab.

"Malah, ia tidak bertepatan dengan sunah Rasulullah SAW," katanya.

Jika pasangan memilih untuk tidak mempunyai zuriat selama-lamanya bahkan melakukan apa sahaja cara termasuk prosedur perubatan bagi menghilangkan kemampuan mengandung adalah haram.

"Pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai zuriat selama-lamanya bahkan melakukan apa sahaja cara termasuk prosedur perubatan bagi menghilangkan kemampuan reproduksi (pemandulan kekal) dan menggugurkan kandungan tanpa pengesahan doktor perubatan maka perbuatan tersebut adalah haram," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram