SELEPAS menikmati sendiri rasanya mengerjakan ibadah umrah, penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok meluahkan rasa rindu untuk menjejakkan kaki sekali lagi ke tanah suci Makkah dan Madinah.
"Bila dah pergi rasa nak pergi lagi.
"Ada perasaan rindu dengan tanah yang barakah itu," katanya kepada Majoriti.
BACA LAGI: [VIDEO] Tergamam ada orang 'hantar' kulit limau dan batang pinang, Aeril-Wawa buat laporan polis
Tomok sewaktu mengerjakan ibadah umrah.
Sewaktu berada di tanah suci, Tomok meninggalkan segala hal dunia untuk beribadah dengan sepenuh hati kepada ALLAH.
"Waktu kecil-kecil kita mampu tengok di televisyen sahaja, bila dah umur 40 tahun barulah dapat rezeki untuk kerjakan umrah," katanya.
Antara hal yang sentiasa berada dalam doanya adalah keluarga, selain kesihatan tubuh badan yang sihat.
"Kesihatan sangat penting untuk jalankan kegiatan harian. Saya juga doakan keluarga mendapat kebahagiaan," katanya.
Penyanyi lagu Bagaikan Bidadari itu juga meluahkan hasrat terpendam untuk membawa keluarga tercintanya untuk bersama-sama mengerjakan ibadah umrah bersama-sama.
"Untuk yang pertama kali kerjakan umrah, saya pergi bersama tiga orang kawan saya. Moga ada rezeki pergi bersama isteri dan anak-anak pula," katanya.
Selain itu, mengulas mengenai perkembangan semasa, Tomok berkata, kumpulan New Boyz bakal melangsungkan konsert di Kuala Lumpur pada Julai ini.
Tomok sewaktu mengadakan konsert di Singapura pada tahun lepas.
Tidak hanya itu, kumpulan yang terkenal di rata-rata negara Asia itu juga akan menggegarkan pentas Singapura pada Oktober nanti.
Tomok berkata, persembahan itu dibuat bersempena kehadiran kumpulan New Boyz dalam industri yang mencapai usia 25 tahun.
Mahu berkongsi keceriaan bersama peminat, Tomok beranggapan kumpulannya tidak mampu berdiri teguh tanpa sokongan mereka.
“Kalau tiada peminat kita tak ke mana,” katanya.
Berjaya menarik peminat dalam dan luar negara, Tomok turut memberi pesanan buat penyanyi baharu untuk terus kekal disayangi para peminat.
“Walaupun penat macam mana pastikan ada ruang untuk peminat.
“Mereka dah sokong kita jadi kita kena berbaik-baik dengan peminat,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram