[VIDEO] Bapa enggan jumpa pembunuh, masih terbayang sifat baik Along Spoon


  • Hiburan
  • Selasa, 25 Jun 2024

Pak Engku sebak mengingatkan Allahyarham Along Spoon.

BAPA arwah Along Spoon, Pak Engku tidak mampu menahan kesedihan setiap kali teringat akan sikap anaknya yang sangat memuliakan orang tua.

Tengku Syafie Tengku Yusof atau lebih mesra disapa Pak Engku mendedahkan keperibadian anaknya itu yang sangat mengagumkan.

"Dia seorang anak lelaki yang hormat orang tua. Walaupun dia lalu bahagian belakang jika ada orang tua duduk di situ, pasti minta izin dulu sebelum lalu," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] mStar Baek bantu golongan dilanda ujian, terima tontonan di luar jangkaan

BACA LAGI: Dikecam jadi 'pakar', bekas pelajar PhD basuh netizen salah faham gelaran Tokti

WhatsApp Image 2024-06-25 at 7.17.04 PM

Along Spoon meninggal dunia pada 26 Disember 1999.

Tidak hanya itu, penyanyi terkenal era 90-an itu juga sangat menjaga hati ibunya.

"Kalau dia nampak ibu dia terguris hati ke apa, pasti dia terus bersujud di kaki ibu waktu itu juga," katanya.

Pada Selasa, Pak Engku yang menghidap penyakit diabetes sehingga kaki kanannya terpaksa dipotong menerima sumbangan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR), mStar Baek.

"Melangkah ke hadapan tadi saya terus sebak, walaupun bantuan datang daripada mStar dan KPJ Healthcare tetapi semua kerana Allahyarham Along Spoon," katanya.

Tidak hanya itu, Pak Engku juga mendedahkan bahawa dia sering menangis apabila mendengar lagu yang dinyanyikan Allahyarham dimainkan di televisyen (tv) sewaktu menjalani rawatan dialisis.

"Kadang waktu saya dialisis muncul lagu dia di tv. Bayangkanlah buat rawatan dialisis sudahlah empat jam. Ya ALLAH," katanya.

Pak Engku berkata, dia tidak putus-putus menitipkan doa buat anaknya setiap detik.

"Saya sentiasa doakan dia. Tak kira di mana-mana dia sentiasa ada dalam doa saya," katanya.

Dalam pada itu, Pak Engku juga menjelaskan bahawa dia sudah memaafkan bekas anggota polis, Mohd Ya’cob Demyati yang membunuh anaknya itu.

Meskipun begitu, dia tidak berhasrat untuk berjumpa dengan pelaku itu kerana beranggapan tidak memiliki keperluan untuk berbuat sedemikian.

“Rasanya tiada keperluan untuk saya berjumpa dengan si pelaku. Hati saya sudah terluka, tapi tak mengapalah, buat sahaja hal masing-masing.

“Tapi kalau si pelaku itu datang nak minta maaf, saya terima tak ada masalah. Tapi untuk saya pergi berjumpanya rasanya tidak perlu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram