Puasa bercakap beri manfaat kepada kesihatan jantung, mental


  • Sihat
  • Sabtu, 27 Apr 2024

PUASA bercakap memiliki faedah tertentu untuk kesihatan tubuh badan seseorang.

PUASA bercakap merupakan perbuatan berdiam diri atau tidak bercakap sepatah kata pun dalam tempoh beberapa jam.

Rata-rata menyedari perbuatan itu memiliki banyak manfaat yang menyebabkan semakin ramai mulai mengamalkan perkara tersebut.

Antaranya, seorang penyanyi terkenal dari Scotland, Lulu yang mengambil inisiatif mengamalkan puasa bercakap.

Lulu lazimnya membiasakan diri untuk tidak mengucapkan satu patah perkataan pun beberapa jam sebelum pertunjukan live.

“Puasa pertuturan membantu saya menjaga instrumen vokal. Ia membolehkan saya menyanyi," katanya memetik laporan The Guardian.

BACA LAGI: Awasi 'screen time', kedekut dan tenang antara 7 cara kawal anak ketagihan gajet ketika musim perayaan

Idea untuk berdiam sepenuhnya dalam beberapa jam mungkin menghairankan ramai kerana jarang dibuat orang.

Namun, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk memperlahankan penularan wabak Covid-19 menyedarkan masyarakat khususnya warga kota bahawa bunyi boleh menjadi pencemaran dalam kehidupan seharian.

Meskipun demikian, masih ada ramai tidak begitu mengambil berat tentang kesan pencemaran bunyi yang berpotensi merosakkannya diri sendiri.

Justeru, kita perlulah sedar dan peka tentang risiko pencemaran bunyi yang boleh membahayakan kesihatan fizikal dan mental seseorang.

Selain kehilangan pendengaran, pencemaran bunyi juga boleh mendatangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan masalah kesukaran tidur.

BACA LAGI: Lengan kiri Zaki Yamani pernah berparut gara-gara terbakar main bunga api

WhatsApp Image 2024-04-27 at 2.58.48 PM

Lulu sering mengamalkan puasa bercakap dengan berdiam diri selama beberapa jam.

BACA LAGI: Mateen Inteam terpaku lihat orang Mesir dengar al-Quran sambil berdiri dalam pengangkutan awam

Suasana bising juga mencetuskan pelepasan hormon seperti adrenalin dan kortisol yang mengganggu tubuh badan.

Sementara itu, saintis neuro mendapati bahawa terdapat banyak faedah berdiam diri atau puasa bercakap.

Detik-detik tenang itu dikatakan membantu menurunkan tekanan darah, kadar denyutan jantung, dan tahap hormon tekanan.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2013 dalam jurnal Brain Structure and Function menunjukkan bahawa tikus dewasa yang diletakkan dalam suasana senyap selama dua jam sehari membangunkan sel-sel baharu di hippocampus iaitu kawasan otak yang terlibat dalam aktiviti hafalan.

Para penyelidik tidak melihat perkembangan neuron sedemikian pada tikus yang terdedah kepada bunyi bising.

Jadi, jika diam membawa banyak faedah, mengapa kita tidak menerimanya? Mengapakah pula sesetengah orang cuba mengelakkan fasa senyap?

Salah satu sebabnya ialah ketiadaan bunyi bising boleh mengganggu mereka yang sudah biasa terdedah dengan persekitaran sedemikian, terutamanya bagi individu yang cemas dan mungkin memerlukan rangsangan untuk menenangkan kebimbangan mereka.

Bunyi bising membuatkan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga, tidak seperti kesunyian sebenar yang membolehkan otak dan badan kita 'diisi' semula.

Tetapi, orang lain mungkin berasa sukar untuk menerima proses penjanaan (regeneration) semula ini kerana ia juga mencadangkan tahap stasis tertentu.

Profesor psikologi, Dr Timothy Wilson dan rakan saintis di University of Virginia di Amerika Syarikat memerhatikan fenomena itu pada tahun 2014, apabila mereka meminta sukarelawan untuk duduk diam selama 10 minit di dalam bilik yang benar-benar kosong.

Para penyelidik membekalkan mereka dengan peranti kecil yang membolehkan mereka melakukan sendiri rangsangan mikro elektrik yang tidak menyakitkan.

Ternyata, sebilangan besar peserta memberikan diri mereka sekurang-kurangnya satu kejutan elektrik untuk meluangkan masa dan melakukan sesuatu supaya mereka dapat mengelak daripada 'bersendirian' dengan pemikiran mereka sendiri.

Kita perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan berbicara di dalam hati kita supaya saat-saat kesunyian tidak lagi dirasakan sebagai membosankan, tetapi sebagai ketenangan diri.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram